" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Tuesday 26 June 2012

Tabarakal Lazi


Salam :)

Dulu masa sekolah menengah , setiap kali sebelum tidur semua pelajar diwajibkan berkumpul di bilik dan sama-sama baca surah al Mulk. Sama juga bila selepas solat Asar secara berjemaah , kami akan baca surah al Mulk beramai-ramai ikut suara di depan. Ni’mat membaca ‘surat cinta’ Nya sekali gus dapat memperbetulkan tajwid. Bila sudah selalu baca , automatically akan hafal. Tapi selalunya bila baca ramai-ramai tu laju dan lancarlah kan. Bila baca sorang-sorang lintang pukang jugaklah. Ini bagi yang tidak istiqamah untuk tasmi’ (memperdengar bacaan kepada orang lain) dan praktikkan bacaan surah ni sama ada dalam solat dan lain-lain. Sometimes bila di sekolah ja amalkan. Di rumah jadi lupa dan lalai. Manusia. Istighfar. Istighfar.

And then macham wonder. Apa yang special sangat surah al Mulk ni? Ustaz selalu kata , untuk selamatkan diri daripada azab kubur. Itu saja? Mesti ada yang lain. Mesti banyak. Sebab setahu aku , surah al Mulk ni dikatakan antara surah pendinding diri yang paling superb. Bila baca ayat-ayatnya , hati jadi tenang , buat rasa selamat sangat. I wonder , mesti ada banyak lagi kan? 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci. Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini penyelamat daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”'

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk ;

1. Mendapat Syafaat

         Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
         Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 
         Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 
         Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”


2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur

Di dalam kubur orang yang telah mati para  malaikat azab  datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  

Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”.

Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendek kata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. 


Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
     Rasulullah S.A.W bersabda :
     
“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

“Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam
kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu
ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab
dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 

      Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga
menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah
Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar
satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”


Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : 

       “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ”


Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia 
daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)


3. Hati Beriman
         Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
         Rasulullah S.A.W bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”


4.  Mendapat Keistimewaan
         Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 

         Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 


 Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Di antaranya:

1    Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.



       Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ ﴿٢٣
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
.
Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. Insyaallah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jom sama sama amalkan :) insyaallah.








* Terima kasih ustaz Jazmi , salah seorang ustaz di sekolah , juga warden yang paling popular di sekolah dulu , sebab didik saya untuk 'berdamping' dengan 'surat cinta' Nya , dan mencintai surah ini. Jazakallah Khairan Kathira :')




p/s : This surah comes after my favorite , ar Rahman 

Monday 11 June 2012

Ikon Muslimah

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Ada 4 wanita mulia yang juga penghulu segala wanita. Mereka itu ialah Asiah Bt Muhazim ( isteri Firaun ), Maryam Bt Imran ( bonda Isa al-Masih), Khadijah Bt Khuwailid ( isteri Rasulullah saw ) & Fatimah Bt Muhammad ( puteri kesayangan Rasulullah saw ) " {Riwayat Bukhari}

1. Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah swt meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya Firaun yang tidak beriman kepada Allah swt.

2. Maryam adalah simbol wanita dalam ibadah dan tinggi darjat ketaqwaannya kepada Allah swt serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah swt.

3 . Khadijah pula adalah simbol isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta , rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan di bahu Rasulullah saw.

4. Akhirnya ialah Fatimah. Beliau adalah lambang pelbagai dimensi wanita solehah: anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat terhadap suaminya serta ibu yang bijaksana untuk putera-puterinya. Beliaulah mendahului segala wanita dan seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya sewajarnya dijadikan ikutan para muslimah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mencari salah satu ikon dalam hidup?
Ini ikon muslimah yang ada dalam sejarah Islam.
Jom contohi mereka? :)




are you the true muslimah?


Wednesday 6 June 2012

Perempuan itu ...


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah s.a.w menangis datang bertemu puteri baginda , Fatimah ra . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah s.a.w menangis.

Baginda menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan pelbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksanya.

Puteri Rasulullah s.a.w kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. Aku lihat perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat daripada api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan belantan dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian bertanya sebab mereka diseksa seperti itu?

Rasulullah s.a.w menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih ialah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya ialah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang lain , bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana dia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.


Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.


-----------------------------------------------------------------------------------------

Nabi , sahabat Nabi dan puteri Nabi yang dijanjikan syurga menangis dan insaf mengetahui hal ini.

Anda (muslimat) bagaimana?

Bertaubatlah , sementara Allah masih meminjamkan nyawa untuk kita!




There's never 'too late' to ask His forgiveness.



Monday 4 June 2012

Nelayan mukmin dan Nelayan Kafir


Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke  lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak. 

Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak. 

Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat ;

"Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah." 

Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat ;

"Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam." 

 --------------------------------------------------------------------------------

IKTIBAR :)
Kediaman mukmin adalah di syurga manakala kediaman kafir adalah di neraka

Dunia adalah syurga orang kafir 

Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di akhirat

Kesusahan orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan keni’matan yang disediakan di syurga

Kesenangan orang kafir di dunia tak berbaloi jika dibandingkan dengan azab seksa yang disediakan di neraka

Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi keredhaan Allah; yang menjadi penentu ialah keimanan terhadapNya

Kesusahan di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang

Begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorng bukan bermakna Allah meredhainya

Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati

Jangan berputus asa, kecewa atau sedih apabila melihat orang kafir senang dan mewah dalam kehidupan di dunia

Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan isinya. Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan beriman dengan Allah :)







“ Dan sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar…”

[ Al Baqarah , 2 : 155 ]




Copied from : iluvislam