" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Wednesday 5 December 2012

Makna.


Pernahkah kau mengalami kejadian seperti kau tidak dapat tidur dan mata kau asyik terencap pada syiling bilik yang ada lekatan 'glow in the dark' sambil minda kau ligat berfikir tentang perkara yang kau tidak pernah sangka kau akan fikir benda tu. Atau sedang kau asyik nikmati cucur atau pisang goreng yang mak kau buat di meja makan di bawah kipas yang ligat berputar sambil merenung teh yang sudah suam-suam kuku memikirkan persoalan yang memerlukan kerjasama hati dan minda. Memerlukan akal dan perasaan. Apa? Kau fikir aku akan berbicara tentang kahwin dan cinta lalu bahagia? No. Di situ kita ndak ber-ngam orang Sabah bilang.

Pernahkah kau terfikir apakah makna kehidupan kau hari ini? Kenapa kau ada di atas tilam empuk berbantalkan kapas yang dibalut dengan alas bunga ropol-ropol atau kenapa kau ada di atas sebuah basikal 3 roda, mengayuh dengan riang tatkala bermain dengan jiran sebelah yang gemuk? Atau kenapakah kau berada di Universiti tersohor dunia dengan timbunan kertas esaimen yang tiada belas kasihan tambahan pula esok ada ujian subjek paling susah di dunia? Kenapa? Siapa kau? Apa yang kau mahu dalam hidup?

Pernahkah kau terfikir benda tu?

Manusia kebanyakannya hidup adalah demi mengejar cita-cita. Cita-cita manusia adakala tidak terbilang banyaknya. Ada yang mahu jadi kaya, jadi fofular, jadi doktor, jadi jutawan, jadi itu, jadi ini. Cita-cita ialah perkara yang kelihatan, diketahui, dinikmati. Misalan sahaja kau bercita-cita untuk naik pangkat. Dan kau pergi menghadiri ujian naik pangkat, selepas itu keputusan keluar dan orang tanya keputusan kau, kau berjaya naik pangkat. Cita-cita tercapai. Dan semua orang tahu.

Apakah kebahagiaan manusia yang sebenarnya? Mencapai cita-cita? Benarkah kebahagiaan itu destinasi?

Pernahkah kau merasa penat lelahnya belajar siang malam, buat nota kecil, bangun tengah malam untuk bertahajjud, ketika sujud terakhir dalam solat sunat hajat lama sehinggakan orang fikir kau sudah koma ketika itu demi mendapatkan A dalam subjek matematik tambahan? Atau kau sanggup mengambil upah kerja mengisi minyak di stesen Petronas atau Shell, sanggup berjaga malam di sana, atau menjadi pelayan di restoran 24 jam demi mendapatkan wang untuk membeli sibiji iPhone? Apakah kau merasa puas apabila berjaya dapat A ataupun sudah berjaya membeli iPhone bukan sekenhen dengan usaha kau sendiri? Bahagia? Itukah kebahagiaan? Cuba kau imbas kembali? 

Pada apa sebuah kebahagiaan itu? Pada rumah yang besar? Jika iya, maka Firaun ialah manusia yang paling bahagia sekali. Jika pada kekayaan itulah kebahagiaan, maka Qarun lah 
manusia yang paling bahagia. Tapi sekarang, di manakah mereka? Benarkah merekalah manusia paling bahagia?

Bukankah kebahagiaan itu adalah sepanjang usaha kau? Ketika kau terlelap seketika dan kemudian terbangun semula pada jam 2 pagi lalu kau teruskan dengan latihan Matematik kau? Ataupun ketika kau dimarah oleh pelanggan kerana tersalah bagi makanan atau pula ketika pelanggan tersipu ketika kau mengambil makanan mungkin sebab kau terlalu hensem atau chantek? Bukankah sepanjang usaha kau itulah yang memberikan kau seribu satu kenangan? Cuba kau imbas kembali. Benarkah hasil segala pengorbanan itu adalah kebahagiaan? Bukan. Kebahagiaan bukan destinasi. Tapi kebahagiaan itu perjalanan. Perjalanan menuju kenikmatan.

Manusia ini hidupnya kebanyakannya pada tahu. Bukan pada faham dan mengerti. Sebab itu ramai yang cemerlang dalam SPM tetapi kandas dalam pekerjaan. Kerana dia cuma 

tahu apa itu A,B, dan C tapi tidak tahu untuk apakah itu? Kerana itu juga remaja ramai yang kandas dalam masalah sosial sedangkan sejak kecil dididik untuk elak segala 

kerosakan, kemungkaran di dunia tetapi nasihat itu dia cuma ambil tahu, dan tidak difahami dengan hati. Kenapa tidak boleh? Kenapa dia perlu menjaga diri? Kenapa? 

Kerana itu juga ketika bait seruan solat kedengaran ,

Assolatu khoiru minan naummmm!
Solat itu lebih baik daripada tidur!

Tapi kenapa masih ramai yang tarik selimut dan teruskan tidur? Sebab kita cuma tahu maksudnya, tidak sampai dihati untuk difahami. Untuk dimengerti.

Sebab itulah masih ramai yang kecewa bila tidak dapat sesuatu yang diinginkan, kerana tiada kefahaman dengan "Percaya dan yakin pada janji Allah."

Tahukah kau setiap kali kau gagal dalam sesuatu yang telah kau usahakan, demi Allah, sehinggakan kegagalan itu juga menjadi pahala kau. Kerana kau berjuang demi Nya. 

Tapi jika bukan kerana Nya, makan apa pun yang kau buat kau tidak akan pernah puas. Kau hilang kebahagiaan dalam perjalanan usaha kau. Kau hilang nikmat pada hasil kau. Apa yang kau niatkan, itulah yang kau akan dapat.

Hidup ini, setiap perjalanannya adalah kebahagiaan. Umpama roda, bila kau di atas akan tiada masalah asalkan kau bersyukur. Dan jika kau di bawah juga, kau tidak akan terseksa asalkan kau bersabar. Kerana setiap senyuman kesyukuran ketika senang meskipun tangisan kesabaran ketika kau dalam kesukaran, semuanya akan diberi ganjaran pahala. Dan kau tahu kan, ganjaran pahala itu membawa kepada apa? Senyum.

Hidup itu bukan pada ujian semata, bukan pada kesenangan semata, tetapi pada bagaimanakah kita melihat, dan menangangi ujian itu. 

Hidup ini bukan mengejar kebahagiaan semata. Sekadar mengejar kenikmatan dunia.

Tetapi hidup ini adalah untuk mengejar makna.

Jadi apakah makna kehidupan anda hari ini?

Teruskan berbaring sambil berfikir sehingga glow in the dark itu semakin suram dan teruskan merenung teh yang mungkin sudah sejuk di atas meja.





p/s : terima kasih Sir Saiful menjadi inspirasi hari ini :)

Tuesday 4 December 2012

Nafsu di bulan Ramadhan.


Ramadhan 2012.

Kami ke bazaar Ramadhan di IP dengan perasaan gumbira. Niat aku hari tu cuma satu. Sotong Kangkung. Lama sudah mengidam. Paling kaw kalau sotong kangkung di Papar. Dia punya kacang, dia punya kuah, dia punya sotong, dia punya fish balls, meat balls, isi ketam dia, kangkung diaaa. Uh!!! The best! Boleh buat diri ini craving lagi lalu membeli semula di pasar malam pada hujung minggu seterusnya.

Pusing punya pusing, jumpa! Pilih la segala. Macam biasa, ambik raga kecil tu, then ambik sotong dalam 3 potong, fish balls, isi ketam tu, itu, ini, siap! Makcik tu tanya, "Mau kangkung?" Aku dongak sikit tengok papan tanda kecil gerai dorang. Terang-terangan di sana bertulis SOTONG KANGKUNG. Aku kira kangkung itu ialah syarat yang terpenting dalam sotong kangkung. tanpa sotong, siapalah kangkung. tanpa kangkung, siapalah sotong dan tanpa kedua-dua nya di manalah makcik ini yang sedang memakai tudung hitam dan baju kurung merah berbunga biru???

Aku angguk.

Sementara menunggu makcik tuangkan kuah pekat yang entah apakah rasanya nanti, kami melilau (baca : berjalan tanpa arah yang pasti, di atas jalan yang benar dan bertar) mencari juadah lain. Aku pujuk=pujuk diri supaya jangan beli juadah lain lagi sebab aku kalau sudah start beli juadah yang tiada dalam senarai, sumpahan akan bermula. Aku akan mula beli juadah macam-macam yang entah siapa akan makan nanti. eh eh, ada double bond pulak di situ. 

Lepas tamat lilauan, kami kembali ke gerai tu. Muka berseri habis. Bayar dalam berbelas ringgit kalau tidak silap. wah wah. Bukan main mengidam. Ni belum lagi mengidam yang bakal beranak betul. Dengan hati berbunga, kami balik ke rumah sewa yang terletak di hadapan pagar UiTM dan berdekatan dengan rumah yang ada bangsal buruk dan ada pokok mangga di mana selalu kami terdengar bunyi tangisan yang sungguh mendirikan rumahtangga bulu di badan. Tapi belum sempat masuk ke halaman rumah, kami sempat lagi bernafsu untuk berpoya-poya di dalam Kg.Lokub demi mencari di manakah sumber azan itu muncul setiap kali 5 waktu masuk? Perjalanan bermula dan kami rasa macam "dalam jalan-jalan Kg.Lokub" pula.

Lama jugaklah kami memuaskan nafsu tu. Dalam setengah jam selepas balik dari bazaar baru kami balik ke rumah. Dan bila sudah hampir tamat sesi angkat mengangkat plastik juadah dibeli dari bazaar, barulah kami sedar bahawa sotong kangkung yang merupakan juadah paling mahal dan dijamin sedap hari tu, tiada. 

Aku dan Mar terpaksa ke gerai tu semula untuk ambil. Perjalanan yang seharusnya singkat, akhirnya menjadi umpama jurni yang sangat panjang, dan akhirnya berjaya menjadikan satu bar minyak kosong. Tapi demi sotong kangkung, semua itu harus ditempuhi dengan tabah. Dan Mar cuma tersenyum dan minta maaf bila kakak yakni anak perempuan makcik tudung hitam baju merah bunga biru tu kata, "jauh kakak cari kamu sampai ke Giant kakak pusing." Harus tahu bahawa sucinya hati seperti itu pada hari ini sukar dicari lagi. Giant jauh. Serius. Lagi-lagi jaman Ramadham macam tu.

Meskipun penat, tapi itu tiada masalah. Puasa bukan alasan penat. Dan sotong kangkung adalah penguat semangat hari tu. Tiadalah sabar akan lidah ini menjamah kuah pekat yang enak, sang gigi meratah sotong yang lazat diselangi bebola ikan dan yang lain. Ah! Pati nikmat penyungkaian (baca : buka puasa) hari itu! Segala pengorbanan akan terbalas dengan keenakan sotong kangkung!

Azan Maghrib berkumandang.

Dan aku cuma ambil 3 suapan sotong kangkung hari itu. Tiada lagi suapan seterusnya. Sampai bila-bila. Saat itu juga, aku rindu sotong kangkung pasar malam Papar. 

Apapun, makcik tudung hitam baju merah bunga biru bertuah sebab sotong kangkungnya menjadikan dia femes di dalam lipatan ingatan aku, selamanya, sepertimana rasa sotong kangkungnya menghancurkan penyungkaian aku. Tapi aku tidak salahkan sotong kangkung sepenuhnya. Aku salahkan nafsu.

Kalau bukan kerana nafsu menggatal dan bergelora, tiadalah aku merasakan sotong kangkung yang kuahnya setawar air suam hari itu.

Katakan tidak kepada nafsu. Yang bergelora. Terutama di bulan Ramadhan.