" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Saturday 12 January 2013

Lebih teruk daripada Syaitan.



Pada suatu hari, ada seorang lelaki, dia merupakan pelajar IPT yang fokus dalam kelas, aktif beriadah pada waktu petang, bersukaria pada waktu malam dan sebagainya. Syaitan sangat suka dengan lelaki ni. Apa saja lelaki ni lakukan, dia akan tersenyum lebar. Semuanya menyenangkan hati. Kenapa?

Sebab dia buat semua benda kecuali SOLAT.

Pada waktu malam, ketika lelaki ini sedang tidur lena, syaitan kejutkan dia daripada tidur, dengan penuh lemah-lembut dan kasih sayang. Sang lelaki pun bangun terpinga-pinga sambil menggosok-gosok mata yang bernajis. Melihat lembaga di hadapan yang asing baginya, sedang menyeringai. Lalu bermula-lah konversasi antara mereka.

"Siapa kau?' tanya dia melihat lembaga di hadapan yang sangat asing sekali rupanya.

"Aku syaitan." Jawabnya pendek, dengan senyuman manis dan menyeringai. Mungkin dia rasa senyuman begitu bisa merungkai hati sang lelaki. Tapi dia silap, sang lelaki bukan gay. Cisss!-katanya dalam hati.

"Woahh Cool!!! Apa kau mau dari aku?"

"Aku mau bersahabat dengan kau. Mahukah kau bersahabat dengan aku?" Tanya syaitan dengan suara macho menawan hati. Kening diangkat-angkat, barangkali dia sangka mukanya seperti Tom Kurus.

"Of course bebeh. But why?" tanya sang lelaki, bajet cakap omputih lah konon. Pelajar IPT kannn.

"Aku tengok kau ni amazing lah. Kau kuat enjoy, dan kau ni hensem." Tambah Syaitan. Okay, ayat last tu tokok-tambah.

"Orait! No hal. Mulai hari ni, kita bersahabat!"

Maka persahabatan mereka pun terjalin mesra. Di mana sahaja lelaki itu pergi, Syaitan akan turuti - salah satu daripada persetujuan mereka. Bestfriend gitewww.

Keesokan hari, waktu Subuh, sang lelaki yang lena terbangkit tiba-tiba mendengar azan yang berkumandang memanggil Ummat Muhammad s.a.w bergerak bangun menunaikan solat Subuh. Dia juga bangkit dan mahu duduk, tetapi syaitan di sebelah berbisik dengan suara yang menggoda;

"Tidak payahlah pergi. Jam 8 karang kau ada kelas kan? Sampai jam 3 kan? Petang mau main bola lagi. Tidak payahlaa. Tidur saja. Simpan tenaga." 

"Ya kan? Tidur dulu lah." Lantas dia baring dan menyambung tidurnya semula.

Syaitan tersenyum lebar, kerana bisikannya ternyata menggoda tetapi dia kecewa sedikit apabila sang lelaki menepis tangannya ketika dia mahu memeluk pinggang lelaki itu ketika tidur. Dia lupa lagi. Lelaki itu bukan gay. Cis!

Siang hari, lelaki itu pun pergi ke kelas. Sampai sahaja waktu Zuhur, ketika kaum Adam yang soleh dan beriman menunaikan solat, dia turun ke kafe bersantap walaupun makanan di kafe mahal dan kurang sedapnya. Syaitan senyum lagi. Gembira.

Pulang ke asrama, dia bersiap untuk turun ke padang. Biasalah, pemain bola harapan IPT kan. Dan latihan tetapdia teruskan walaupun azan Asar sudah lama habis berkumandang. Entah, hati Syaitan mulai galau. Dia resah. Ada sesuatu yang tidak kena di hatinya.

" Ini tidak boleh jadi ni!" bisik hati Syaitan yang hitam lagi keras.

Walaupun jarum jam sudah beranjak ke angka 6.30 dan azan Maghrib berkumandang, sang lelaki baru sahaja tamat latihan. Dia menyahut seruan sahabat lain yang kononnya malam itu mahu menonton cerita Pitch Perfect. Lantas dia pulang ke hostel dan bersiap untuk bersuka-ria lagi malam itu. Maghrib hangus begitu sahaja.

Entah, hati syaitan semakin risau dan bergetar. Tiada lagi senyumannya. Kegembiraan bukan lagi miliknya. Perasaan itu semakin membentak hati syaitan. Melihat sang lelaki begitu. Oh bukannn. Dia bukan cemburu. Ini bukan 'g' thing.

Si lelaki bersukaria di mall dengan menonton wayang, berkaraoke tidak ingat Tuhan meskipun orang kecoh dengan soal Kiamat kononnya pada 21 Disember 2012 nanti, tapi dia peduli apa! Yang penting enjoyyyyy. Dan seperti biasa, Isyak juga hangus begitu sahaja.

Dia pulang ke rumah dan terus tidur, tanpa mandi dan menunaikan solat. Syaitan seperti tidak ter-tahankan. Perasaan itu membentak hatinya. Dia tidak mampu lagi menampung perasaan itu. Sesuatu perlu dilakukan!

Maka pada waktu tengah malam, dia mengejutkan lagi lelaki itu, tetapi kali ini dengan kasar sekali. Sehingga lelaki itu bangkit dalam keadaan moody. Maka terjadi lagi konversasi antara mereka.

"What are you doing man???" sekali lagi lelaki itu bajet cakap omputih. 

"I want to break up!"

"What?"

"Aku mahu putuskan persahabatan kita!"

"Why?" Seperti hancur hati lelaki itu.

"Tahukah kau, saat sebelum Allah ciptakan nenek moyang kami, semua makhlukNya sembah akan Dia. Taat, dan akur. Tetapi tatkala Allah ciptakan manusia, nenek moyang kami menolak dan ingkar akan perintah Allah itu, tetapi meskipun dilaknat dan diseksa Allah di neraka, kami masih sembah pada Allah. Cuma kesombongan kami pada manusia itu mengheret kami ke neraka dan dilaknat sehingga kiamat. Tetapi kau? Aku lihat kau begitu santai. 5 waktu solat kau hangus begitu sahaja. Kami cuba sombong pada manusia dan Allah telah melaknat kami sebegini rupa tetapi kau? Sombong pada Allah dan kau tiada rasa bersalah pun? Maka apakah hukuman Allah pada perlakuan kau ini?"

---------------------

Cerita ini, pensyarah kami yang ceritakan dengan keadaan santai. Pada awalnya, kami ketawa dan terhibur dengan lawak beliau yang bukan mainnnn orang kata. Tetapi ayat terakhir, kami semua terkesima. Syaitan itu dilaknat kerana sombong dan tidak mahu sujud pada Adam yakni seorang manusia. Mereka dilaknat sehingga kiamat, dan putus rahmat daripada Allah dan Nerakalah selayak-layaknya mereka. Tapi bagi yang tidak solat, mereka itu sombong dan tidak mahu sujud pada yang mencipta manusia? Di manakah selayaknya mereka itu? Atau kita mungkin? Bukankah lebih teruk daripada syaitan?

Jadi masihkah untuk kita mengabaikan solat?

Manusia itu diciptakan sebaik-baik manusia dan bergelar khalifah di muka bumi. Sekiranya kita mengabaikan solat dan menjadi lebih teruk daripada syaitan, layakkah bumi ini untuk kita? Layakkah sebuah kehidupan, dan layakkah setiap helaan nafas yang dibuat? Kita telah mengkhianati amanah Allah. Dan kita tidak tahu azab Nya bagaimana. Tapi Allah sudah lama bagi kita warning awal-awal. Kan?


"Dan (ingatlah) tatkala Rabb (Tuhan) kamu memberi peringatan : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya ditambahkan (ni'mat) kepada kamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku (Allah) sangatlah pedih." {Ibrahim : 7}

Untuk tahu tentang Penyeksaan Iblis yang dilaknat, baca di sini.

Falsafah Lilin Manusia.

" Hari ini, sistem pendidikan kita melahirkan manusia yang berilmu. Tetapi tidak berakhlak." - Sir Saiful, something in Disember 2012.

Beliau berkata sedemikian ketika berbincang tentang isu pendidikan dan akhlak dalam Malaysia.
----------------

" Ilmu itu ibarat garam, dan amal itu umpama tepung. Kalau kita buat kui (baca : kuih), garam itu sedikit saja kita guna, tapi tepung yang perlu kita gunakan banyak-banyak. Jadi dalam hidup ni, biar ilmu kita sikit, tapi akhlak kita tu yang kena bagus." 
- Sir Saiful lagi, Pensyarah Statistic For Technology (QMT246) UiTM, KK.

Beliau berkata sedemikian selepas kami (baca : kami berempat) memberi alasan tidak hadir ke kelas beliau (baca : kelas selama 3 jam okay) pada minggu lepas.

Pedas.

Insaf. Sangat-sangat.


"Kamu ingat ini kandang mau keluar masuk ikut suka hati kamu?!" - behind the scene.


sobsob T____________T




p/s : terima kasih Sir!

Wednesday 9 January 2013

Kimia 8 Januari.

"Yelah, typical Malaysian kan. Dah nampak orang buat apa, korang pegi tanya lagi kan."

Gelak.

"Hai, tengah buat apa? Siram bunga ke?"

"Lepastu korang jawab."

"Tak, tengah mandikan kumbang!" - Sir Hafiz.


Saturday 5 January 2013

Padan Muka.

Malu bertanya sesat jalan.

Sesat jalan, susah sendiri.

Kalau-kalau nasib bertemu sijahat seperti dalam Wrong Turn. (lol)

Padan muka.

Dan

Tidak datang kelas, tertinggal macham-macham.

Lepas tu tidak faham apa-apa

Lepas tu berdebar menanti kelas seterusnya kalau-kalau ada kuiz II

Sudahlah sedang bergedel-gedel dengan subjek yang lemah

Sekali saja tidak datang kelas

Satu tutorial sudah habis dibincang.

Dan tertinggal macham-macham.

Rugi.

Dan

Sekarang sedang pening.

Sangat-sangat.

Oh Fizik.

Bila kita akan berpisah sayang?

Aku mahu putus.

Dan

Sekarang aku sedang terseksa.

Ada tutorial yang perlu disiapkan.

2 pulak tu.

Dan aku masih terpinga terkulat.



Padan muka.

Pitch Perfect.

Mula-mula baca dekat timeline tuider
aku nampak ada lelaki golongan seksis kata 
cerita ni tentang perempuan gedik
aku percaya 100%

tapi hari ni aku rasa aku silap
sejak kali pertama aku tonton cerita ni
dan hari ini
aku tonton cerita ni
ulang ulang dan ulang
adalah untuk yang kee hurm
hampir 10 kali rasanya
dan aku iktiraf ini cerita kegemaran aku yang terbaru

*berlenggang ke dapur sambil menyanyi lagu since you've been gone*

oh, kalau kau tonton dan kau juga ada pendapat yang sama
dengan lelaki golongan seksis itu
aku maafkan
Bukan semua orang suka makan tembikai cecah kari kan?

One of my favourite scenes. You ROCK FAT AMY!

Edisi Baru.


Pada awal tahun baru
Aku lihat ramai manusia bertenggek di Tanjung Lipat. Ada yang dengan keluarga, ada yang dengan sahabat handai, ada yang dengan pasangan dan macam-macam.
Makan-makan, bergelak tawa. Semuanya bergembira.

Aku duduk di atas batu tepi pantai
Ombak kecil menghempas tepian dengan kadar yang sukar dijangka
Hati sedang berduka aku kira ketika itu
Tertanya
Adakah mereka yang lain juga sedang mengubat hati seperti aku? 
Datang ke sini untuk apa?
Sekadar menunggu percikan api warna-warni sahaja kah?
Ada apa dengan tahun baru?

Aku sentuh buih kecil di tepi batu
Rapuh
Begitukah sifat manusia?
Apa azam baru?
Bagaimana azam lama?
Untuk apa menyambut tahun baru seperti ini?
Bukankah angka nya sahaja yang berbeza?
Hari yang dilalui tetap sama
Isnin, Selasa, Rabu dan seterusnya
Atau ini tentang sketsa hari-hari biasa?
Penuh drama dan lakonan semata
Apa? Untuk apa?

Iman, amal bagaimana?

Kadangkala edisi baru dalam hidup seperti ini
Tiada yang perlu dinantikan sangat
Kalau kau masih kabur tentang siapa kau
Untuk apa hidup ini
Dan dengan siapa kau tempuhi.

Semoga edisi baru kita sentiasa diberkati, inshaallah.







Salam Tahun Baru :)


2013M ft. 1434H

Drama Tengahari.

Mar = Pieka, mana ikat rambut aku?

Bising-bising Mar selepas bangkit dari tidur, barangkali letih benar berjogging di pagi hari bersama buah hati tersayang tanpa membawa kami.

Pieka = atas meja. 

Pieka juga bersuara keras. Sakit hati barangkali. Sejak tadi dia tidak berjaya untuk cuba bangunkan Mar dari tidur. Mungkin cik gendutnya juga sudah meraung mahu disuap makanan enak. Aku faham itu.

Mar = mana?!

Suara Mar semakin keras. Muka kencang menahan geram.

Pieka = atas meja tu! Kalau tiada aku ndak tau la di mana lagi!

Dan perbualan menjadi semakin tegang. Satu ni membebel-bebel marah bagi kedudukan getah rambut yang kali terakhir dia nampak. Yang sorang muka kencang mencari getah rambut yang belum dijumpai. Aku pandang saja. Aku perhati sorang-sorang.

Suara nyaring menjadi-jadi. Aku letak buku Fizik.

"Sudah kamu dua, diam! Aku tampar karang."

Akhirnya aku bersuara.
Tengahari yang sejak pagi sunyi sepi dipecahkan keharmonian dek suara pergaduhan dua ekor itik ni.
Oh dan mungkin skrip kemarahan itu terhasil daripada gabungan bunyian daripada cik gendut yang belum diisi sejak pagi yang hening tadi. Mungkin ada telepati daripada cik gendut Pieka. Mungkin. Mungkin sahaja.

Drama tengahari di hari Sabtu. Hasil ke-teruja-an ke-tiada-an kelas ganti Kimia yang sepatutnya bermula dari 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Dan impaknya semua terus berbaring di atas tilam masing-masing dengan yang gemuk lapar mengalas perut mengunyah biskut gula yang sedikit masuk angin sudah rasanya.

Yah, have a blessed you lazy people.

Kuasa dalam diri.

Aku tinggalkan rumah dengan hati lara. Duit biasiswa belum masuk lagi, katanya pertengahan bulan Januari. Mahu minta abah, tebal pulak muka ni. Ummi? Janganlah. Segan.

Tuan rumah sewa bising, minta bayar sewa rumah pada 28 Januari tu. Hoi hoi dia mungkin kehabisan uang berhabisan untuk krismas barangkali. Tapi mungkin dia lupa, hari itu cuti. Dan dia suruh aku bank-in bayaran sewa di bank yang jauh di kota, aku perlu ambil masa sejam lebih untuk ke sana kalau tiada kesesakan lalu lintas. Aku perlu bazirkan minyak kalau ke kota semata-mata untuk "bank-in" sewa rumah RM160 ke dalam easy RHB bank? minyak kereta pun tiada. Aku simpan untuk sehari sebelum balik ke kampus nanti. Oh tuan rumah, apa kau tidak sabar barangkali sehingga lupa kami boleh bayar bila habis cuti nanti?

Aku hitung duit yang ada di dalam beg duit dan akaun bank. Berkerut dahi. Parah. Sebulan lebih sudah kelas bermula. Duit biasiswa belum masuk lagi. Parah parah.

Aku kata pada orang sebilik, bila aku perlu aku akan berhutang. Ahh perkataan hutang. Sebolehnya aku elak menyebutnya. Seteru maha hebat dia itu. Tapi kali ini aku abaikan. Biar. Pejam mata, tarik nafas, telan liur dan tersenyum kelat.

Tidak boleh jadi. Aku kena berjimat sehabis baik. Sehari dalam RM3  ke RM5 sahaja untuk makan. Perut diusap lembut. Kata-kata manja diungkap cuba melegakan cebikan sedihyang diukir. Yah. Inshaallah dengan cara ini, aku boleh bertahan sehingga habis bulan yang kedua kelas bermula.

Bekas polisterin diletakkan di atas meja behadapan dengan mesin duit. Tutup dibuka. Si kakak hitam manis bertudung merah bercorak ungu  mencongak-congak.

"Semuanya RM7.80."

Aku kena tingkatkan lagi kuasa dalam diri. Ya. Kuasa menahan nafsu makan.