" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Saturday 30 March 2013

Orang Tua Dalam Hati Masih Baby ;p


Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, masih mampu bernafas pinjaman oksigen dari Nya. Ewahhh mukaddimah pun mau saintifik bagai. hehe. Buat pertama kalinya sambut hari jadi dengan kertas  soalan peperiksaan akhir. Ngee. Allahu, sedar ndak sedar Umur sudah mencecah 21 tahun. Entah banyak atau tidak amalan sepanjang itu.

Ulangtahun kelahiran kali ni, disambut dengan puji-pujian buat Nya, disamping penghargaan tidak terkira buat keluarga yang sentiasa sabar, dan sentiasa ada di sisi, dan juga bestfriends yang cool. Sambut dengan bestest-bestfriends tadi. Sir Panda, Piekaroro, Qiela. Lepastu beli juga hadiah untuk diri sendiri. hehe. Luchu jugak, beli hadiah harijadi untuk diri sendiri. Sikit lagi mau tulis kad befday "buat Azzatul Fatonah Salim. Selamat Hari Lahir". Lulz.

simpati dari Google. Yah. Ni lah hadiah untuk diri sendiri. Xperia Go :)

Paling osem, harini, buat pertama kalinya dapat surprise birthday yang ndak akan pernah dilupakan. Terima kasih buat yang bersekongkol tu. hehe. Macham drama sudah bila masa makan sushi tadi, tiba-tiba lagu 'happy birthday' bergema, lepastu ada kek datang. Sempat juga fikir, "siapa yang sama birthday ni?" Ndak ketinggalan untuk perasan lah, mungkin untuk diri sendiri :p hehehe.

Rupanya betul memang untuk diri sendiri. Ahah. Terharu sampai menitis airmata. Siap teresak lagi. Hilang macho. haha. Sayangnya yang pihak plan tu ndak dapat join sekali sebab kurang sihat. Terima kasih :') Sayangggg sangat dengan kau, Mar <3 Get well soon, inshaallah.

Adik-adik call tadi, panjang lebar juga gossip kami. eheh. Agak sebak jugak bila dua pihak yang tersayang jauh, ndak dapat raikan bersama tapi cukuplah doa dari hati yang ikhlas mengikat kita semua inshaallah :)

Jazakumullah khairan kathira buat yang wish hari ni, samada via facebook atau sms. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian juga! Terima kasih sebab masih ingat ulangtahun kelahiran insan yang tidak sempurna ni ^^ (Paling ndak boleh blah wishes paling feymes 'selamat mengundi' dan 'semoga cepat kawen'. Lulz )
Terharuuu sangat bila sahabat di Mesir pun wish, masih ingat. Rinduuu sangat dengan kamu. Teringat pula angan-angan sambut hari jadi budak-budak Mac di Sungai Nil. hehe. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga dengan meningkatnya umur ini, amalan juga akan bertambah. Segalanya hanyalah dengan izin Nya semata-mata.

Entah, adakah masih mampu menyingkap tirai 22 tahun nanti? :') wallahua'lam.

Salam sayang dari cikpanda <3

"Sedar tak sedar kini kau telah melangkah makin jauh sejauh usia remajamu. Sedangkan usia abah dan ummi juga semakin jauh meninggalkan kenangan ketika kau masih kecil. Terasa macam baru semalam kau dilahirkan di dunia ini........" - Abah.

Whatever happens, I am still your Princess, and you will always be my KING <3

Saturday 9 March 2013

Ketika Dia menyapa mu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada satu ketika, kita terasa iman kita berganda naiknya. Tika tu lah kita berkobar-kobar simpan niat. Mahu tahajjud lah, mahu tadarus Quran sampai 25 muka suratlah, mahu dengar lagu nasyid yang menginsafkan lah. Segala lahlah wujud.

Tapi selalunya semua ni akan wujud, datang dalam diri hanya KADANG KADANG. niat itu dibisikkan dengan kekuatan hati yang dilonjakkan iman yang tiba-tiba sahaja hadir dengan menggila sekali. Sayangnya, hanya niat. Belum dipraktikkan. Bersyukurlah, Allah itu Maha Pemurah. Meski cuma sebaris niat yang pendek, Allah memberi satu pahala untuk niat yang baik itu, walakin kita belum lagi melakukan dengan anggota. Allahu. Sayangnya Dia pada kita! Tapi kenapa semua tu terbantut tiba-tiba? Ya, Ujian. Kita diuji bermacam perkara sehingga menjatuhkan semangat semula ke dasarnya, tanpa tahu mengapa kita diuji?

Begitulah juga fi'ilnya ketika hati berbisik, mahu berubah jadi lebih baik. Mungkin sebelum ini belum menutup aurat, hati mengajakmu untuk bertudung lebih litup dan menutup anggota yang tidak sepatutnya jadi tontonan manusia. Atau juga mungkin sebelum ini solat 5 waktu tidak cukup, sedang waktu Zohor pun di 'adik-beradikkan' dengan waktu 'Asar. Hati menangis, mahukan solat yang cukup dan terjaga. Adakah hati kita yang berbisik dan menangis dengan sendirinya? Siapa yang arahkan dia lakukan, rasakan semua itu tanpa kita sedar? Ya, Dia. Dia lah yang menggerakkan hati kita. Itulah Dia. Dia sedang menegur kita, Dia sedang menyapa kita. Hati kita.


Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima pertunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah pertunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.
   
But to those who receive Guidance, He increases the (light of) Guidance, and bestows on them their Piety and Restraint (from evil). - {Muhammad :17}

Kenapa kena berubah jadi lebih baik?


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku. - {az Zariyat : 56}

Tapi jangan lupa, perjalanan menuju ke arah kebaikan bukan semudah yang kita fikirkan. Orang kaya bukannya terus kaya tanpa berusaha. Seorang doktor mana mungkin boleh berjaya tanpa hadapi subjek dan praktikal yang susah.


Sekeping hati dibawa berlari 
Jauh melalui jalanan sepi 
Jalan kebenaran indah terbentang 
Di depan matamu para pejuang 

Tapi jalan kebenaran 
Tak akan selamanya sunyi 
Ada ujian yang datang melanda 
Ada perangkap menunggu mangsa 

Akan kuatkah kaki yang melangkah 
Bila disapa duri yang menanti 
Akan kaburkah mata yang meratap 
Pada debu yang pastikan hinggap 

Mengharap senang dalam berjuang 
Bagai merindu rembulan di tengah siang 
Jalannya tak seindah sentuhan mata 
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba


(ahem. sempat lagi selitkan lagu kegemaran, Saujana - Sekeping Hati)

Dia tidak akan berhenti menguji, menguji kasih sayang kita, cinta kita, pada Nya. Kalau dalam bercinta dengan manusia, bukan main kata banyak dugaan dan onak duri sepanjang 5 tahun, 10 tahun bercinta. Apatahlagi dengan Dia yang mencipta kita, yang kenal kita sebelum roh kita itu ditiup ke dalam jasad lagi. Tapi ketahuilah. Ujian itu tidak akan berhenti, seperti mana cinta Nya pada kita. Tidak akan pernah akan berakhir.


Ingatlah teman. Ketika hidayah Nya menyapa mu, teruslah kau rangkul dan berpegang pada sapaan itu. Ternyata Dia amat mencintaimu. Merindui rintihan dan rindu melihat ketabahan, kekuatan, dan air matamu. Ujian itu tanda cinta Nya, rindu Nya pada mu. Teruslah bersabar dan berteguh pada janji-janjinya. Kerana para Nabi dahulu diuji lebih teruk daripada kita, para Sahabat di beri dugaan yang tidak terkata, tetapi mereka dijanjikan Syurga di akhirat sana. Bukankah kita semua mahukan syurga Nya? :)






Teruslah menyapa hati ini, Tuhanku. Teruslah rindu padaku.