" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Saturday 9 March 2013

Ketika Dia menyapa mu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada satu ketika, kita terasa iman kita berganda naiknya. Tika tu lah kita berkobar-kobar simpan niat. Mahu tahajjud lah, mahu tadarus Quran sampai 25 muka suratlah, mahu dengar lagu nasyid yang menginsafkan lah. Segala lahlah wujud.

Tapi selalunya semua ni akan wujud, datang dalam diri hanya KADANG KADANG. niat itu dibisikkan dengan kekuatan hati yang dilonjakkan iman yang tiba-tiba sahaja hadir dengan menggila sekali. Sayangnya, hanya niat. Belum dipraktikkan. Bersyukurlah, Allah itu Maha Pemurah. Meski cuma sebaris niat yang pendek, Allah memberi satu pahala untuk niat yang baik itu, walakin kita belum lagi melakukan dengan anggota. Allahu. Sayangnya Dia pada kita! Tapi kenapa semua tu terbantut tiba-tiba? Ya, Ujian. Kita diuji bermacam perkara sehingga menjatuhkan semangat semula ke dasarnya, tanpa tahu mengapa kita diuji?

Begitulah juga fi'ilnya ketika hati berbisik, mahu berubah jadi lebih baik. Mungkin sebelum ini belum menutup aurat, hati mengajakmu untuk bertudung lebih litup dan menutup anggota yang tidak sepatutnya jadi tontonan manusia. Atau juga mungkin sebelum ini solat 5 waktu tidak cukup, sedang waktu Zohor pun di 'adik-beradikkan' dengan waktu 'Asar. Hati menangis, mahukan solat yang cukup dan terjaga. Adakah hati kita yang berbisik dan menangis dengan sendirinya? Siapa yang arahkan dia lakukan, rasakan semua itu tanpa kita sedar? Ya, Dia. Dia lah yang menggerakkan hati kita. Itulah Dia. Dia sedang menegur kita, Dia sedang menyapa kita. Hati kita.


Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima pertunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah pertunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.
   
But to those who receive Guidance, He increases the (light of) Guidance, and bestows on them their Piety and Restraint (from evil). - {Muhammad :17}

Kenapa kena berubah jadi lebih baik?


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku. - {az Zariyat : 56}

Tapi jangan lupa, perjalanan menuju ke arah kebaikan bukan semudah yang kita fikirkan. Orang kaya bukannya terus kaya tanpa berusaha. Seorang doktor mana mungkin boleh berjaya tanpa hadapi subjek dan praktikal yang susah.


Sekeping hati dibawa berlari 
Jauh melalui jalanan sepi 
Jalan kebenaran indah terbentang 
Di depan matamu para pejuang 

Tapi jalan kebenaran 
Tak akan selamanya sunyi 
Ada ujian yang datang melanda 
Ada perangkap menunggu mangsa 

Akan kuatkah kaki yang melangkah 
Bila disapa duri yang menanti 
Akan kaburkah mata yang meratap 
Pada debu yang pastikan hinggap 

Mengharap senang dalam berjuang 
Bagai merindu rembulan di tengah siang 
Jalannya tak seindah sentuhan mata 
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba


(ahem. sempat lagi selitkan lagu kegemaran, Saujana - Sekeping Hati)

Dia tidak akan berhenti menguji, menguji kasih sayang kita, cinta kita, pada Nya. Kalau dalam bercinta dengan manusia, bukan main kata banyak dugaan dan onak duri sepanjang 5 tahun, 10 tahun bercinta. Apatahlagi dengan Dia yang mencipta kita, yang kenal kita sebelum roh kita itu ditiup ke dalam jasad lagi. Tapi ketahuilah. Ujian itu tidak akan berhenti, seperti mana cinta Nya pada kita. Tidak akan pernah akan berakhir.


Ingatlah teman. Ketika hidayah Nya menyapa mu, teruslah kau rangkul dan berpegang pada sapaan itu. Ternyata Dia amat mencintaimu. Merindui rintihan dan rindu melihat ketabahan, kekuatan, dan air matamu. Ujian itu tanda cinta Nya, rindu Nya pada mu. Teruslah bersabar dan berteguh pada janji-janjinya. Kerana para Nabi dahulu diuji lebih teruk daripada kita, para Sahabat di beri dugaan yang tidak terkata, tetapi mereka dijanjikan Syurga di akhirat sana. Bukankah kita semua mahukan syurga Nya? :)






Teruslah menyapa hati ini, Tuhanku. Teruslah rindu padaku.



No comments: