" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Thursday 2 January 2014

Hallo 2014.

Bismillah.

Haha. After almost 4 months, I haven't updated any posts here.

Jadi kan, this semester is my final semester so I'll do the best that I could, and I hope I will pass this diploma with flying color. Then I would take the picture of me having convocation and put the caption; Surviving College : Achievement Unlocked.

Haha.

Maybe this is the first and last post for the beginning of 2014.



But inshaallah I will do my best to be rajin rajin update blog ini selepas habis diploma kay? I do have thousands zillions ideas but I was like, okay macham mana mau tulis ni? And sadly I am not that type yang buat draf sebelum karang apa apa. Even my MUET essay didn't have draft tau tau tau? Main hentam jak, lepastu berdoa dan tawakkal, lebih gigih daripada berusaha lol.

I cant promise you that my post gonna be really beneficial for you but I promise I'll do my best (dari tadi asyik do my best. macham tipuuuu je) tho I have to write 'Cara cara menggigit jari dengan gigih', which nothing has to do with your life sebab kamu bukan gigit jari macham aku kan sobbsobb.

Sebenarnya aku rajin tiba tiba update ni bukan apa pun. Sebab wifi di rumah sudah pun kembali normal seperti sediakala. Dengar dengar wayar telepon dekat Hospital Papar kena curi jadi line pun terjejas. Padahal abah kata wayar TM di kampung kami putus, dekat sebulan tiada tindakan sedangkan kami almost everyday buat report dekat TM. Dalam bulan depan mungkin wifi di rumah akan diputuskan. Abah dengan Ummi sudah ada line internet di henpon masing masing. 5GB sebulan youuuu. Kalau line lembab dekat tab abah, guna Ummi punya. Kalau Ummi punya line pun lembab, Ipad mini kan ada wiwiwiwiwi. Apa lagi hotspot la hari hari. hahahaha. 

Baiklah. Tammat cerita hari ini. Ijinkan hamba mengundur diri.

Sorry if I blend English and Malay in my post. I feel really comfortable in this way. Azam baru untuk blog tahun ini ialah rajin hapdet, dan be myself ketika menulis. --- oh dan moga moga apa yang ditulis berguna untuk some people (But dont expect me to tell you how to dump fat people/share kaki ayam masak lemak cili api punya resepi/TIPS JADI KURUS.)

Oke? Jangan tanya tips tips kesihatan.Unless I will to share some tips yang tiba tiba pufff! Magiknya sebab I know the tips lol.

Till then :)



Jaga hati, jaga iman, jaga lemak. kikikiki

Sunday 22 September 2013

Blog.

Assalamualaikum ebeliwannnn.

Seems like I left this blog too long, i can even see the spider webs here and there. Konon. 

And yeahhh actually I dont have much time to blog since my final exam is coming (on this wednesday huarghhhh!) and yet I've lot of things to do. 

Oh oh and actually (again) I'm updating my new entry using my ipad mini! Yeahhh. Ketinggalan kan? Sob sob. But still yes yes yessss imma happy I cant even get my sleep. Hahaaa. Sekarang bolehlah post entri baru di mana jua walau apa keadaan sekalipun cehwahhh. Baru tau kot benda ni sebab tetiba teringat eh I havent posted any kan yang lastpun tah berapa bulan lalu tu pun lepas I renovated this blog to something else yang not even getting better macham makin worse adalah. Muahahaha. But who cares kan yang penting isinya. Kekonon lah.


Okeh. Puas hati. Inshaallah, ill do my best for my papers. This semester I only have 4 papers compared to previous semesters lebih dari 5 kot papers tapi alhamdulillah makin kurang maybe sebab Im getting closer to my final semester! Yeahhhh. Btw this year is my final year for diploma. How time flies fast :') Alhamdulillahhh berjuta kali hihi.

Gotto go. Saja mau tunjuk kecanggihan dunia kan yang memang aku ndak uptodate sangat yalah orang baru pakai barang mahal kan lol.

Jaga diri, jaga iman. Inshaallah, hidup berkat. Salam 'alaik! :) 




Sunday 7 April 2013

The Past.





Skies are crying, I am watching
Catching teardrops in my hands
Only silence, as it's ending, like we never had a chance.
Do you have to make me feel like, there's nothing left of me?

You can take everything I have 
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper

As the smoke clears
I awaken and untangle you from me
Would it make you feel better to watch me while I bleed
All my windows, still are broken, but I'm standing on my feet



Thursday 4 April 2013

Kenapa Kau perlu ungkapkan SYUKUR?


Terkenang kisah lalu.

Kisah benar ini berlaku ketika saya mengajar di Daerah Kudat dahulu.

Ada seorang murid tahun satu selalunya berpakaian comot. Setiap hari saya perhatikan apabila mengambil makanan RMT dia tidak makan, tetapi menyimpannya dalam plastik lalu disimpan di dalam beg.

Suatu hari saya tanya kenapa tidak makan makanan tu, kamu tidak lapar?

"Lapar" jawabnya selamba. 

"Jadi kenapa tidak makan?" Dia hanya mendiamkan diri. 

Suatu hari secara saya balik selepas membawa dan menghantar seorang pelajar ke klinik kesihatan yang kira-kira 12 km jauhnya dari sekolah yang terkoyak kulit kepalanya akibat bermain kejar-kejar d bawah kolong sekolah. Ada jugaklah kena 6 jahitan.

Dalam perjalanan ke rumah pelajar yang cedera itu saya terlihat murid yang selalu perhatikan itu berjalan berseorangan balik ke rumah yang jaraknya berbaki kira2 1.5 km. Saya pun menjemputnya naik dan menawarkan bantuan untuk menghantarnya ke rumah. Kelihatan dia sangat suka hati dan tersenyum lebar.

Setelah menghantar pelajar yang cedera dan berbual sedikit dengan ibunya untuk memberi penjelasan, saya pun bergerak untuk menghantar murid tersebut sambil meminta agar murid tersebut menunjukkan jalan.

Apa yang menyentuh hati ialah apabila tiba melihat rumahnya yang telah terlalu uzur bertiangkan batang bakau yang telah di tongkat sana sini. Dinding rumah yang rasanya dikumpul dari sisa-sisa papan dan tidak rapat. Atapnya pula separuh zink yang telah bocor dan sebahagiannya lagi atap nipah. Saya mengagak keluasan rumah sekitar 10 x 14 kaki.

Tiba-tiba kelihatan seorang perempuan comot yang berumur dalam lingkungan awal 30 an mengendap-endap di sebalik pintu. Setelah turun saya pun memberi salam dan telah disambut oleh seorang lelaki kurus yang telah terlalu tua dan kelihatan uzur mempersilakan saya naik ke rumah.

Dengan ragu-ragu saya naik juga (takut rumah roboh), dan mengetahui bahawa lelaki tersebut adalah datuk murid tersebut dan mereka tinggal hanya bertiga termasuk ibu murid.

Ketika bercerita dengan datuknya saya dapat melihat suatu yang hampir membuat saya menangis apabila murid tahun 1 itu bertanya samada ibunya telah makan atau tidak sambil mengeluarkan nasi goreng RMT yang dibawanya dari sekolah di dalam pelastik yang telah lusuh. Tanpa berkata-kata ibunya mengambil makanan tersebut dan terus duduk di penjuru rumah lalu makan tanpa memperdulikan kami dan anaknya yang saya pasti belum makan dengan keadaan yang saya kira bukan perlakuan orang dewasa.

Datuknya memberitahu bahawa ibu murid tersebut tidak betul. Keadaannya itu membuat ada orang telah mengambil kesempatan merogolnya sehingga melahirkan murid tersebut tanpa bapa.

Patutlah bila ditanya mana bapamu, murid tersebut menjawab "mati dimakan yu"

Saya mengambil keputusan untuk membantu setakat yang mampu untuk membelikan keperluan asas murid tersebut di samping memberi lebih masa untuk mendidiknya.

Kedaifannya membuat kan rakan-rakan selalu membulinya sehinggakan pernah beberapa kali seliparnya di baling ke atas bumbung sekolah. Sehingga saya bertindak memberi amaran kepada pelajar atas kapasiti seorang Ketua guru disiplin. Meminta jasa baik pembekal makanan RMT agar memberinya lebih makanan sekiranya ada lebihan dan Alhamdulillah.

Sebelum berpindah dapat saya lihat sudah ada perubahan terhadap murid tersebut, sudah semakin kemas dan sudah boleh membaca walaupun merangkak-rangkak dan sudah membaca Iqra'2. 

Semoga ini menjadi ikhtibar buat diri saya sendiri dan juga kepada kawan-kawan fb yang membacanya.


---------------------------------------

Atas alasan apa lagi kau enggan mensyukuri ni'mat yang Dia kurniakan padamu hari ini?




ps. Kisah benar, diceritakan semula oleh pakcik saya sendiri, bekas guru di sekolah pedalaman Kudat.

Saturday 30 March 2013

Orang Tua Dalam Hati Masih Baby ;p


Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, masih mampu bernafas pinjaman oksigen dari Nya. Ewahhh mukaddimah pun mau saintifik bagai. hehe. Buat pertama kalinya sambut hari jadi dengan kertas  soalan peperiksaan akhir. Ngee. Allahu, sedar ndak sedar Umur sudah mencecah 21 tahun. Entah banyak atau tidak amalan sepanjang itu.

Ulangtahun kelahiran kali ni, disambut dengan puji-pujian buat Nya, disamping penghargaan tidak terkira buat keluarga yang sentiasa sabar, dan sentiasa ada di sisi, dan juga bestfriends yang cool. Sambut dengan bestest-bestfriends tadi. Sir Panda, Piekaroro, Qiela. Lepastu beli juga hadiah untuk diri sendiri. hehe. Luchu jugak, beli hadiah harijadi untuk diri sendiri. Sikit lagi mau tulis kad befday "buat Azzatul Fatonah Salim. Selamat Hari Lahir". Lulz.

simpati dari Google. Yah. Ni lah hadiah untuk diri sendiri. Xperia Go :)

Paling osem, harini, buat pertama kalinya dapat surprise birthday yang ndak akan pernah dilupakan. Terima kasih buat yang bersekongkol tu. hehe. Macham drama sudah bila masa makan sushi tadi, tiba-tiba lagu 'happy birthday' bergema, lepastu ada kek datang. Sempat juga fikir, "siapa yang sama birthday ni?" Ndak ketinggalan untuk perasan lah, mungkin untuk diri sendiri :p hehehe.

Rupanya betul memang untuk diri sendiri. Ahah. Terharu sampai menitis airmata. Siap teresak lagi. Hilang macho. haha. Sayangnya yang pihak plan tu ndak dapat join sekali sebab kurang sihat. Terima kasih :') Sayangggg sangat dengan kau, Mar <3 Get well soon, inshaallah.

Adik-adik call tadi, panjang lebar juga gossip kami. eheh. Agak sebak jugak bila dua pihak yang tersayang jauh, ndak dapat raikan bersama tapi cukuplah doa dari hati yang ikhlas mengikat kita semua inshaallah :)

Jazakumullah khairan kathira buat yang wish hari ni, samada via facebook atau sms. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian juga! Terima kasih sebab masih ingat ulangtahun kelahiran insan yang tidak sempurna ni ^^ (Paling ndak boleh blah wishes paling feymes 'selamat mengundi' dan 'semoga cepat kawen'. Lulz )
Terharuuu sangat bila sahabat di Mesir pun wish, masih ingat. Rinduuu sangat dengan kamu. Teringat pula angan-angan sambut hari jadi budak-budak Mac di Sungai Nil. hehe. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga dengan meningkatnya umur ini, amalan juga akan bertambah. Segalanya hanyalah dengan izin Nya semata-mata.

Entah, adakah masih mampu menyingkap tirai 22 tahun nanti? :') wallahua'lam.

Salam sayang dari cikpanda <3

"Sedar tak sedar kini kau telah melangkah makin jauh sejauh usia remajamu. Sedangkan usia abah dan ummi juga semakin jauh meninggalkan kenangan ketika kau masih kecil. Terasa macam baru semalam kau dilahirkan di dunia ini........" - Abah.

Whatever happens, I am still your Princess, and you will always be my KING <3