" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Sunday 27 May 2012

Perfume

---- Dalam lif di sebuah bangunan ----




Gambar hiasan

Seorang wanita (2) yang berpakaian mewah dengan perhiasan emas penuh di badan masuk ke dalam lif , di mana ada seorang wanita (1) yang berpakaian biasa di dalam. Sejurus masuk , haruman wangi tersebar di dalam ruang lif itu.

Wanita (2) :: *muka bangga* perfume ni mahal tau. harga dia RM 400 sebotol tau!

Wanita (1) :: Oooo *angguk*

pintu lif terbuka. masuk pula seorang wanita (3) yang lebih Vogue daripada yang pertama tadi. Semerbak bauan minyak wangi menusuk ke hidung.

Wanita (3) :: *muka bangga* perfume ni mahal tau , i beli dari Italy. Harga dia RM 1000 lebih tau!

Wanita (2) :: *mencebik* (jeles lettewww)

Wanita (3) :: Oooo... *angguk*

Lif berhenti , pintu lif terbuka , semerbak bauan busuk menerpa segenap ruang lif (buang angin lettewww). Wanita (1) keluar dan berhenti di muka pintu lif ;

Wanita (1) :: Yang ni tak mahal tau. telur gerai mamak. 30 sen je sebiji!



--------------------------------------------------------------------------------------



I heard this from Sabah fm ba masa on the way hantar adik ke Labuan hari tu kan , and i was like ... HAHAHA! gelak sakan la. Abah Ummi dengan my sis pun gelak la berabis kan. But then i realized one thing. 

Ndak payah riak sangat. Bukan boleh bawa mati pun. Silap-silap nanti Allah bayar cash di dunia. Hah , kan dah kena kentut bau telur buruk? XD










notakaki :: Ndak dapat dibayangkan macham mana mau survive dalam lif dengan bau haruman telur buruk >.<








Tuesday 22 May 2012

The sincere heart




When you truely LOVE and CARE for someone , their mistakes never change your feelings because it's the mind that gets angry but the heart still LOVES and CARES 
- quoted -






True :')



Sunday 20 May 2012

Saja

Rasanya agak lama juga aku ndak mulakan entri dengan ungkapan salam.


ASSALAMUALAIKUMMMM
*pakai tudung main ikat kat leher *


ahhh comel! Anak siapakahhh?

Hari tu masa keluar result , kecoh la bagai orang sibuk tanya berapa kau dapat? Kau? Kau berapa? Soalan bonus. Confirmla aku satu. hey heyyy. Kebetulan masa tu kecoh jugak pasal keputusan kemasukan budak lepasan SPM 2011 ke Matrikulasi 2012/2013 dengan UPU. Ada yang dapat , ada yang ndak. Biasalah tu. dalam pertandingan pun ada yang menang , ada yang kalah. dalam hidup pun ada yang kurus , ada yang gemuk. eh?

Jadi di hari itu (yang indah) macam-macam lah status kat Fb yang muncul. Sebagai stalker yang tegar (dan chubby. eh?) aku jadi tukang baca ja. Kadang aku senyum. Kadang aku geleng-geleng. Nampak lah status sang-sang sahabat ni. Kemain berderet komen dapat.

***


PS = pemilik status , TK= tukang komen


PS = Alhamdulillah! Rezeki Allah. Yang penting dapat teruskan pelajaran! *muka suci*
TK = wahhh tahniah! 
PS = terima kasih!
TK = berapa pointer?
PS = 3.98 ... JAK!


***


Kemainnnnn. Jak? What do you mean? 3.91 JAK?!!! (Jak = saja)


Ohh. Tuan punya blog yang sedang stalk-ing ni baik sangka. Dia rendah diri tu *senyum*


***


PS = Syukurrr. Ndak sangka dengan result macam ni dapat jugak tempat di UPU :)
TK = Congrats! Dapat mana? <--- ni makcik dia
PS = UiTM JAK macik :) 
TK = okey lah tu yang penting... *lecture bermula*


***


Tuan punya blog ni senyum. Atleast ada tempat :)


***


TWP = Tukang wall post , TW = Tuan Wall


TWP = oi result kau okay?
TW = cukup-cukup makan JAK.


***


Tuan punya blog rasa ... ohh humble... humble ni.


***


Dalam dunia ni , kita kena stand dengan pendapat kita. Jadi aku come out dengan pendapat aku. Sejujurnya , aku pun selalu macam ni. Suka guna 'JAK' bila bagitau something yang aku dapat. Bila dapat benda bagus , aku akan guna 'jak' dengan niat untuk tunjukkan betapa aku merendah diri. Tapi bila di-muhassabah balik. O wait. Macam mengada pun ada kan?

" You dapat berapa Math? "
" 95 % jak " - versi budak zaman moden

Dan bila aku dapat benda yang ala kadar , difikir-fikir , eh eh macam ndak bersyukur pulak?

" Awak dapat berapa Pendidikan Jasmani tadi? "
" Saya mendapat 65 % sahaja " - versi anak kampung (skema)

Kadang memang bergantung pada niat. Tapi macam mana orang fikir tentang apa yang kita sampaikan , atau cara orang mentafsir tentang cara kita , perlu juga difikirkan. Ya , betul. Kalau asyik fikir tentang pandangan orang terhadap kita sampai bila pun ndak kan habis kan. Tapi selagi kita boleh perbaiki , perbaiki lah. Sebab kita ndak tahu hati orang. Mungkin ada yang sakit hati , mungkin ada yang tersinggung dan sebagainya (ewahh). Kadang orang akan rasa macam , 

" Eish dia ni. minta kena puji puji la tu."

Yalah , cakap 'jak' sedangkan tau yang kita dapat tu super-duper-awsome!

Ya betul , niat kita baik. Tapi kita kena fikir. Kita juga boleh membuatkan orang lain menimbulkan fitnah. Kalau kita cakap macam tu , mungkin orang tu akan sakit hati dan akan kata ,

" Tembirang! Padahal tinggi. Jakkkk kunun. Menyampah! "

Haaa. Bahaya! Kita undang sakit hati orang lain. atau menyinggung hati orang lain.

" Hish! Dia dapat pointer tinggi pun masih cakap jak. aku ni? lagilaaa teruk. "

Aduh! kesian! kalau lagi orang yang tersinggung ni kawan kita. bahaya. Boleh jejaskan ukhuwwah ni. Lagi teruk kalau nanti nampak macam kufur nikmat pula. Naudzubillah!

Apa? kenalah husnuzzon? Tu masalah kau lah. Jeles!

Ehhh Jangan. Bukan semua orang rambutnya hitam. Bukan semua orang mukanya halus. Bukan semua orang tahu cara buat Kuih Pau. 

Tapi kalau orang ndak tahu cara buat kuih pau , kita permudahkan. Kita carikan dia resepi buat kuih pau. Kita puji pau dia kalau dia bagi kita makan pau dia. Haaa.

Betul. Penyakit hati kita sendiri kena handle. Tapi apa salahnya kita pun bantu orang lain elak penyakit hati? Kalau kita permudahkan orang lain , insyaAllah kita pun akan sentiasa dipermudahkan :)

Hah. asyik cakap banyak. potpetpotpet. Solusinya tiada. Ahah! Apakata , kalau dalam setiap jawapan macam tu kita ubah 'JAK' atau 'SAJA' atau 'JE' kepada ALHAMDULILLAH?

Dapat pahala. Dapat elak penyakit hati. hidup bahagia. selamanyaaa!!! (amin)

" Macammana result? "
" Alhamdulillah lulus. 3.91 :) "
" Wahhh hebat! Tahniah! Teruskan usaha ah! " - versi bulatan gembira

" Eh , result cemana? okay? "
" Aku dapat 2.97. Alhamdulillah. Lulus." - versi budak kelas aku. haha.

" Macam mana?"
" Alhamdulillah. okay la juga tapi ada yang aku repeat."
" Ndak apa. Okay tu. Insyaallah. Nanti kita belajar sama-sama lagi."
" Okey!" - versi ... err.. versi bestfriend (kah?)

Anda rasa , kalau macam ni akan timbul kah penyakit hati? Kalau ada , tu penyakit kronik. Kita sudah buat kerja kita , permudahkan dia :) Kali ni betul-betul terpulang dengan dia macam mana mau nilai.

" Dapat di mana?"
" Alhamdulillah , dapat di Politeknik , pakcik. " - versi anak buah mithali

Orang pun sejuk jak hati kan? Di samping dapat elak fitnah , dapat elak penyakit hati , dapat pahala juga berzikir. Pahala ... pahala. Benda yang kecil , tapi pahala nya , Subhanallah! :D 

kawan baik aku kata , biar di mata nampaknya kecil. impaknya siapa tahu?

Oh , kalau cakap Alhamdulillah nanti dikata perasan warak? Tunjuk warak?

Biarkan. Kita sudah bantu dia. Tu terpulang dengan dia macam mana mau handle masalah hati selepas tu , seiring kita jihad di dalam hati , elak riak supaya ucapan Alhamdulillah tu bukan sepatah perkataan yang menunjukkan betapa waraknya kita. Bukan. tapi untuk meraih kemanisan ukhuwwah , meraih pahala bersyukur atas nikmat Allah , dan mendidik hati untuk sentiasa redha dan rendah diri.

Bagus atau tidak apa yang kita dapat , jangan lupa sebut Alhamdulillah. Itu rezeki , itu nikmat , itu juga mungkin dugaan , mungkin juga peringatan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dia lebih tahu :)






Aku bukannya baik sangat mau berceramah bagai. Tapi ya , kita tahu , kita kongsi. Benda yang sedap , bila dikongsi akan lebih terasa enaknya. Lagi-lagi kalau yang membawa kepada pendekatan hati kepada Allah. Percayalah!




"And when your Lord made it known : If you are grateful , I would certainly give to you more,and If you are ungrateful , My chastisement is truely severe."

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: 
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan 
menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari 
(nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

{Ibrahim : 7}




Saturday 19 May 2012

Kita dan Senja itu

" Anas! "

Suara itu sayup-sayup kedengaran. Dihanyut dek angin menyapa telinga buat dia terus berpusing. Kosong. Tiada. Tidak , suara itu milik dia. Dia pasti. Atau , apakah dia sebenarnya cuma berfantasi? Itukah... rindu?

--------------------------------------------------------------------------------------

" Eh , dari mana kau dapat botol air tu? Tu botol air baru kan? " sapa si comel rambut bertocang dua.

Anas mengambil botol air yang dihiasi gambar Power Ranger lalu ditolak lembut ke hadapan bertentangan dengannya. 

" A'ah , aku dapat botol air ni masa sekolah agama kemarin. Ustazah kasi aku sebab aku dapat hafal surah 3 qul ". Bangga.

" Wahhhh hebatnya kau! " Yvonne bertepuk tangan. " Nanti kau ajar aku boleh? Aku pun mau jugak dapat botol air macam ni. Nanti bila aku dapat hafal sudah aku mau baca depan ustazah kau."

" Mana boleh Yvonne. Kau bukan budak sekolah agama. Ustazah mana mau kasi kau botol air ni. Ni untuk budak sekolah agama jak." Anas menggeleng-geleng. Kuih karipap dikunyah laju.

" Alahh Anas , tolonglah. Kalau macam tu aku pegi sekolah agama."

" Eh , mana boleh! Kau bukan Islam macam aku! "

Yvonne diam. Dia merengus kecil. " Alahhh bolehlah Anas. Satu kali ni jakkk. Tolonglahhh" si Comel bermata sepet terus merayu.

Anas berpeluk tubuh. " Hurmmm sebab kau kawan baik aku,aku tolong kau. Tapi..."

Mata Yvonne membulat besar , tangannya digenggam erat , jantung berdegup laju.

" Kita mesti minta tolong kakak aku! " Semangat Anas menyuarakan pendapat.

" Okey! "

-----------------------------------------------------------------------------

Yvonne merenung lama botol air berwarna merah jambu di hadapannya , sambil jarinya bergerak menuruti gambar Barbie yang melekat di badan botol air itu. Bibirnya bergerak membaca perlahan surah 3 Qul yang berjaya dihafal. Seketika dia tersenyum. Bangga. Bukan sahaja 3 Qul sebenarnya dia sudah berjaya hafal , malah hampir separuh daripada surah-surah lazim sudah lancar di lidahnya. Dia seronok. Gembira dapat menghafal surah-surah itu.

Hampir sebulan sudah dia dan Anas melakukan 'konspirasi' yang berbahaya. Setiap kali selepas kelas pagi , selalunya memang dia akan ke rumah Anas untuk bermain bersama Anas. Tapi kali ini , dia akan ke rumah Anas untuk menukar pakaian. Tudung dan uniform sekolah agama kakak Anas akan dipakai setiap hari demi mengikuti kelas agama bersama Anas. Rahsia ini disimpan kemas oleh keluarga Anas dan Ustazah di sekolah agama. Keluarganya sendiri tidak tahu tentang ini kerana memang kebiasaannya 'melepak' di rumah Anas selepas sekolah pagi.

" Yvonne memang bagus , cepat tangkap. Terang hati," puji Ustazah Kamilah.

Pipi Yvonne akan kemerah-merahan malu , sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua-dua pipi bulatnya.

" Hebatlah kau Yvonne. Kami pun susah mau hafal surah Dhuha tu. Kau sekejap jak , " puji Wati.

Yvonne tersenyum bangga.

" Ha'ah. Padahal kau bukan Islam macam kami." Teha menambah.

Yvonne terdiam. Hatinya mendidih. " Jadi kenapa lah kalau bukan Islam? " 

Suara yang sedikit tinggi membuatkan Tehan dan Wati terdiam. Yvonne menggetap bibir. Kakinya berlari pantas meninggalkan kantin sekolah. Pipinya basah. Dia menangis.

Lamunan tersentak. Pintu biliknya diketuk perlahan. Mama masuk membawa sekeping kertas putih. Papa juga masuk. Senyum.

" Yiyi , Mama dengan Papa ada berita baik. " Mama senyum.

" Minggu depan , Yiyi akan ikut kelas tuisyen. Bahasa Melayu , Matematik dengan Sains. Untuk persediaan UPSR." Semakin lebar senyuman Papa dan Mama.

" Tapi Mama , Yiyi kan masih tahun 3?"

---------------------------------------------------------------------------------------

" Anas,buku apa yang kau selalu baca di sekolah agama tu? "  

Anas yang sibuk membuat latihan Matematik Cikgu Raju terus khusyuk tidak memperdulikan Yvonne.

" Anas! " Yvonne mengeraskan suara. 

" Apa lagi ni Yvonne! " Marah. 

" Aku tanya kau. apa buku yang kau selalu baca di sekolah agama tu , yang setiap hari Rabu?" Pertanyaan diulang. 

Yvonne sudah tiada peluang untuk mengetahui tentang buku yang selalu dibaca oleh Anas dan pelajar lain di sekolah agama disebabkan kesibukannya menghadiri kelas tuisyen. Dia selalu melihat Anas membaca buku itu di hadapan Ustazah Kamilah atau Ustaz Farid. Dia mahu , tapi malu. Kata Wati itu buku orang Islam saja. Dia bukan Islam.

" Itu bukan buku. Itu kitab , ustazah Kamilah kata."

" Kitab? "

Anas mengangguk. " Kalau yang kecil , namanya Iqra'. Belajar alif ba ta , sampai habis. ada 6 Iqra'. "

" Lepas habis?"

" Pandailah!"

" Yang besar tu?"

" Kitab yang besar tu?"

Yvonne mengangguk.

" Itu al Quran. "

Matanya terkebil kebil.

" al Quran? "







[bersambung...]




Monday 14 May 2012

Typo si perfeksionis

Aku memang perfeksionis (baca : Perfectionist). Kebetulan pulak aku memang sorang yang selalu typo. Tau typo? Pegi google sekarang! *gelak kekeh-kekeh*



typographical error (often shortened to typo) is a mistake made in, originally, the manual type-setting (typography) of printed material, or more recently, the typing process (as of spelling). The term includes errors due to mechanical failure or slips of the hand or finger,but usually excludes errors of ignorance, such as spelling errors. Before the arrival of printing, the "copyist's mistake" or "scribal error" was the equivalent for manuscripts. Most typos involve simple duplication, omission, transposition, or substitution of a small number of characters.
sumber : wikipedia 

So then  , disebabkan aku selalu typo dan juga seorang perfectionist ... teeeetttt! What? Perfectionist pun ndak tau? (sigh)




Perfectionism, in psychology, is a personality disposition characterized by an individual striving for flawlessness and setting excessively high performance standards, accompanied by overly critical self-evaluations and concerns regarding others' evaluations. It is best conceptualized as a multidimensional characteristic, as psychologists tend to agree that that there are both negative and positive aspects of perfectionism. In its maladaptive form, perfectionism drives individuals to attempt to achieve an unobtainable ideal, and their failure to meet their expectations causes psychological distress. Adaptive perfectionism can motivate people to reach their goals, and they derive pleasure from doing so.
 credit : Wikipedia (juga)

Kalau aku tengah menaip , contoh buat assignment atau mengarang something then tiba tiba aku ter-typo. wah! Kalau word yang typo tu ada di tengah ayat , aku akan delete semua ayat tu dan akan buat samada ayat baru dengan perkataan yang sudah diperbetulkan , ataupun ayat yang sama juga dengan perkataan yang diperbetulkan. Lumrah la , kalau salah kena la betulkan balik kan? Tapi still , benda remeh ni mesti terulang balik tanpa sedar. Kalau sedar mestila mau dibetulkan. Part yang ndak sedar tu yang aishh lemah sikit.

Kalau aku buat satu entri , and then aku publish lepas aku puas hati check dua tiga kali , tiba tiba aku ternampak ada word yang aku salah taip , tapi yang selalu pun tertiggal huruf ja kot. Macham "Boleh pulak dia tinggalka anak dia sana" , cepat cepat aku edit post betulkan tinggalka jadi tinggalkan semula. Kadang aku fikir , ah biarlah tu. Tapi ndak boleh. hati aku ndak tenang. *nangis*

Kalau aku tengah baca entri orang , atau entri sendiri yang lama punya (sekarang manada. Entri sekelumit cuma. Dulu la , di blog lama) dan aku nampak ada kesalahan ejaan. Typo. Hati aku memberontak , meronta , merintih. Oh tuan punya blog , tolong lah betulkan typo mu itu! Tangan ni gatal mau betulkan. seriously. Kalau dengan blog sendiri , entri tu bapak dua tahun lalu dan aku baru notice ada typo siap. memang aku akan edit post dan betulkan balik. Ndak boleh. Aku ndak mampu menghadapi dugaan sebegitu *duduk di lantai dan teresak-esak*

Dan sebenarnya di kehidupan nyata , ada yang worse dari ini. Typo ni sebahagian jak , dugaan besar. Masa blogging. Tapi kalau hari biasa , kehidupan harian lagi banyak benda yang menduga hati dan jiwa. Jangankan kesalahan ejaan , kedudukan benda pun mengganggu aku , tahu? Lagi parah bila ada benda yang mau dimiliki atau mau dicapai dan ndak berjaya ditunaikan permintaan tu , kecewa dia berganda-ganda. Kalah putus cinta tahu? (kalau pernah bercinta)

Ah , Andai kau tahu sukarnya menjadi perfectionist-ah!


--------------------------------------------------------------------------------------------

Thing is , aku terfikir. Typo , senang jak mau betulkan balik. Asal kalau notice salah tu , boleh betulkan terus tanpa ragu ragu dan hati jadi tenang , aman dan damai. Even kalau typo ulang kali pun ndak apa kot sebab typo jak kan? Biasalah , orang lain pun pandai juga typo kan? Kalau orang nampak pun ke-typo-an (maafkanlah tatabahasa saya!) tu , tiada masalah! Benda kecik. Lagipun typo ni ndak la menghantui sampai ke mati kan.

Tapi dosa? Dosa kita buat banyak kali , kita ulang berkali kali , dan kadang kita sedar. Cuma kita kadang ndak tau cara mau betulkan. Kalau kita tau , kita mungkin tiada kekuatan mau betulkan , mau tebus balik dosa tu. Kalau kita bertaubat pun , buat taubat Nasuha pun , betulkah hati kita akan tenang setenangnya? Sebab dosa tu sentiasa menghantui kita. Sampai bila-bila. Hanya Allah saja yang mampu memberi ketenangan dan keampunan abadi. 

Dosa , kalau kita saja tau mungkin sedikit lega. Tapi bila ada orang tau , habislah. Aib! Even orang kata dosa kecil , tapi kalau disebarkan sakit jadinya. Kalau diulang pula boleh jadi dosa besar. Ahhh dosa. Menghantui! Sebab itulah azab Allah tu seksa , demi menghapuskan dosa. Itu saja caranya. Kadang Allah bayar cash , kadang Allah jadikan itu 'hutang' di dunia , dan akhirnya , *"Di neraka cerita" - (ada serupa polis kah? hehe)

Dalam hidup , dalam ibadah , dalam berakhlak mulia. Cukup sempurnakah? Iman , cukup kah? Amal , banyakkah? Kalau dalam solat , betulkah Tajwid bacaan kita? Betulkan kedudukan solat kita , sempurna kah wudhuk kita? Khusyukkah solat kita? Bersungguh kah doa kita? Ikhlas kah hati kita? Dalam amalan sunat , berapa kali kita khatam Quran? Berapa kali kita berzikir dalam sehari? Berapa kerapkah kita bangun malam untuk tahajjud? 

Perfectionism , adakah wujud dalam ibadah sehari hari?


Oh , kalaulah menghapuskan dosa semudah memperbetulkan typo.

Dan kalaulah wujud juga perfectionism itu dalam diri dalam ibadah?

Bukankah itu akan jadi lebih indah dan bahagia?

Oh!




Menyedari betapa serba kekurangan nya diri. Hanya Dia yang Maha Sempurna dan Maha Pengampun dosa
(bisikan hati)






Sudahkah anda melafazkan ASTAGHFIRULLAH AL'AZIM hari ini?




*polis selalu kata , "Di balai cerita" - pengaruh tibi XD

Friday 11 May 2012

Cantik dan Baik

" Beautiful people are not always good but good people are always beautiful" - Imam Ali (R)


----------------------------------------------------------------------------------

Cantik itu subjektif.

Begitu juga frasa ' Hati yang baik '.

Tapi yang pasti

Orang yang cantik itu ialah orang yang sering menghiaskan dirinya dengan wudhuk dan batasan syariat

dan Orang yang berhati baik itu ialah orang yang hatinya sentiasa mengingati Allah.







Gemuk?
Bukan satu masalah! ;)



p/s : ahem. tapi awas. kesihatan kena jaga juga. Jangan obesiti sudah!

Sentap










-------------------------------------------------------------




Ni dari twitter aku. Tapi acapkali aku baca tweet ni , aku sendiri sentapSebab junior , senior , kawan kawan aku mostly kalau ajak cerita pasal kawen , kemainnnn galak (aku pun sama T___T)

Tapi bila fikir , hidup ni untuk apa? Takkan kawin ja. Dan kawin tu , ndak kan la  as simple as that? Suka , pufff! kawin. Ndak , aku ndak rasa macham tu. Lately , aku asyik fikir benda ni. Kawin muda memang best. Sumpah best! even aku ndak ada pengalaman (ayat macham ada)

Menurut pengalaman yang kawin muda dan bahagia tu memang best la , yang ndak bahagia , vice versa la (tapi aku yakin memang best. Darah muda kannn)

Tapi , mati muda? Best jugak kah? Dalam kelalaian macham ni? Banyak sangat fitnah dunia. Jangan cerita dalam zaman moden macham ni. Style ja moden. Sikap serupa yang jahiliyah.

Selalu baca kat facebook , jangan mengharap yang pasangan yang baik dikurniakan kepada kita sebaliknya kita berusaha jadi yang baik untuk pasangan. Blablabla berubah ini , dalami agama untuk kebahagiaan rumahtangga la , basically memang pasal chenta la.

I meant , machammana kalau ndak sempat? Machammana kalau ndak sempat kawin , Allah da cabut nyawa? Punya berhempas pulas sedia untuk terima pasangan baik , rumahtangga bahagia tiba Allah ambil balik nyawa. Persediaan untuk mati? Ada kita pernah buat? Jangankan buat , terfikir pun ndak.

Bukankah orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa mengingati mati?

Dan kawin bukan salah satu perkara yang perlu diingati sentiasa.










Kawin itu perlu. Mati itu pasti.

Thursday 10 May 2012

Timbang

Tempat : Smart Reader Kids Kindergarten 

aku : eh! ada penimbang berat laaa
bungsu (makcik) : nah , cuba kau timbang berat kau

*ambik penimbang , naik , jantung debar debar*

aku : What theee? kenapa berat aku 120?!!! Betul ka ni penimbang?!

*turun , cek balik*

aku : laaa rupanya ralat (skema).
Bungsu : kau kasi betul la tu dulu. baru timbang balik
aku : cemana? aku ndak tau. malas aku tinguk lagi. haha

*Bungsu betulkan scale*

Bungsu : nah naik balik timbang.

*muka yakin , naik*

aku : ...

Bungsu : berapa?

aku : ermmm

cikgu tadika : kau naik penimbang? penimbang budak tadika ni! nanty keluar spring dia semua! *muka troll*

aku : *ketawa palsu* iyaaa. ndak pa jugak ba. ndak juga berat betul saya ni. eheh.

*Bungsu tengok penimbang*

Bungsu : *tepuk bahu* sabar ah berat tulang tu kali.

aku : *turun* lepas ni mesti amalkan diet seimbang dan exercise! *muka yakin habis*

         But let me finish my chicken drumstick first. bai.





asek kata mau kurus , usaha ndak ada -_-

Wednesday 9 May 2012

Running man

Selalu bila aku rasa sedih atau kecewa
Fitrah hamba , aku semakin mendekati Nya
Sebab kadang kita lupa
Betul
Hati memang akan tenang dengan limpahan kasih Nya

Tapi meng-aplikasi-kan fitrah manusia
sibukkan diri tu perlu jugak kan?

Sebab tu aku ambil cara ini
Bergelak tawa yang berbatas pun kadang elok juga
Dalam sejam , habis air mata keluar
Memang lawak habis
Ndak berhenti ketawa dalam sejam tu

Tapi cukuplah sejam kan
Lebih nanti melalaikan pulak
Hah! Cukuplah hati kembali gembira *lompat girang*

Terima kasih Running Man
You make my day :)


Jong Kook , Jong Ki dan Kwang Soo jadi pilihan XD

Ego

Pernah kau rasa
Kau perlu
Kau rindu

Tapi kau tipu hati kau

Minda kata pergi
Cari cari cari
Atau cukuplah dengan tahu?

Tapi hati kata jangan
Biarkan saja
Biarkan masa berlalu
Mungkin itu saja yang dapat merawat

Meski hati kau sebenarnya juga menangis

Tahukah kau
Itu namanya ego?

Fishy

Aku : Ten , aku delete suda blog aku
Patin : Hah? kenapa?
Aku : Nda da. Lama suda aku mau delete tu blog. Semalam memang hidayah la delete.
Patin : Really? I can smell something fishy there.
Aku : =.='' What fishy?
Patin : Kaaa ada sebab lain?
Aku : Whatever. 
Patin : Sayang kan. Dua tahun lebih blog tu suda. Delete macham tu jak.
Aku : *diam*


Kadang , ada benda yang sangat kita sayang tapi kita terpaksa buang dari hidup kita sebab itu saja cara terbaik untuk buat hati ni lebih rasa tenang. Having a choice is really confusing. And the most cruel.

Just the beginning


I gave you space you could breathe
I kept my distance so you would be free
In hope that you find the missing piece 
To bring you back to me

But don't you remember?

I'm on my way finding the missing piece. Though I have to go through all the memories that have been left out before. Missing piece. Have you found yours?