" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Saturday 19 May 2012

Kita dan Senja itu

" Anas! "

Suara itu sayup-sayup kedengaran. Dihanyut dek angin menyapa telinga buat dia terus berpusing. Kosong. Tiada. Tidak , suara itu milik dia. Dia pasti. Atau , apakah dia sebenarnya cuma berfantasi? Itukah... rindu?

--------------------------------------------------------------------------------------

" Eh , dari mana kau dapat botol air tu? Tu botol air baru kan? " sapa si comel rambut bertocang dua.

Anas mengambil botol air yang dihiasi gambar Power Ranger lalu ditolak lembut ke hadapan bertentangan dengannya. 

" A'ah , aku dapat botol air ni masa sekolah agama kemarin. Ustazah kasi aku sebab aku dapat hafal surah 3 qul ". Bangga.

" Wahhhh hebatnya kau! " Yvonne bertepuk tangan. " Nanti kau ajar aku boleh? Aku pun mau jugak dapat botol air macam ni. Nanti bila aku dapat hafal sudah aku mau baca depan ustazah kau."

" Mana boleh Yvonne. Kau bukan budak sekolah agama. Ustazah mana mau kasi kau botol air ni. Ni untuk budak sekolah agama jak." Anas menggeleng-geleng. Kuih karipap dikunyah laju.

" Alahh Anas , tolonglah. Kalau macam tu aku pegi sekolah agama."

" Eh , mana boleh! Kau bukan Islam macam aku! "

Yvonne diam. Dia merengus kecil. " Alahhh bolehlah Anas. Satu kali ni jakkk. Tolonglahhh" si Comel bermata sepet terus merayu.

Anas berpeluk tubuh. " Hurmmm sebab kau kawan baik aku,aku tolong kau. Tapi..."

Mata Yvonne membulat besar , tangannya digenggam erat , jantung berdegup laju.

" Kita mesti minta tolong kakak aku! " Semangat Anas menyuarakan pendapat.

" Okey! "

-----------------------------------------------------------------------------

Yvonne merenung lama botol air berwarna merah jambu di hadapannya , sambil jarinya bergerak menuruti gambar Barbie yang melekat di badan botol air itu. Bibirnya bergerak membaca perlahan surah 3 Qul yang berjaya dihafal. Seketika dia tersenyum. Bangga. Bukan sahaja 3 Qul sebenarnya dia sudah berjaya hafal , malah hampir separuh daripada surah-surah lazim sudah lancar di lidahnya. Dia seronok. Gembira dapat menghafal surah-surah itu.

Hampir sebulan sudah dia dan Anas melakukan 'konspirasi' yang berbahaya. Setiap kali selepas kelas pagi , selalunya memang dia akan ke rumah Anas untuk bermain bersama Anas. Tapi kali ini , dia akan ke rumah Anas untuk menukar pakaian. Tudung dan uniform sekolah agama kakak Anas akan dipakai setiap hari demi mengikuti kelas agama bersama Anas. Rahsia ini disimpan kemas oleh keluarga Anas dan Ustazah di sekolah agama. Keluarganya sendiri tidak tahu tentang ini kerana memang kebiasaannya 'melepak' di rumah Anas selepas sekolah pagi.

" Yvonne memang bagus , cepat tangkap. Terang hati," puji Ustazah Kamilah.

Pipi Yvonne akan kemerah-merahan malu , sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di kedua-dua pipi bulatnya.

" Hebatlah kau Yvonne. Kami pun susah mau hafal surah Dhuha tu. Kau sekejap jak , " puji Wati.

Yvonne tersenyum bangga.

" Ha'ah. Padahal kau bukan Islam macam kami." Teha menambah.

Yvonne terdiam. Hatinya mendidih. " Jadi kenapa lah kalau bukan Islam? " 

Suara yang sedikit tinggi membuatkan Tehan dan Wati terdiam. Yvonne menggetap bibir. Kakinya berlari pantas meninggalkan kantin sekolah. Pipinya basah. Dia menangis.

Lamunan tersentak. Pintu biliknya diketuk perlahan. Mama masuk membawa sekeping kertas putih. Papa juga masuk. Senyum.

" Yiyi , Mama dengan Papa ada berita baik. " Mama senyum.

" Minggu depan , Yiyi akan ikut kelas tuisyen. Bahasa Melayu , Matematik dengan Sains. Untuk persediaan UPSR." Semakin lebar senyuman Papa dan Mama.

" Tapi Mama , Yiyi kan masih tahun 3?"

---------------------------------------------------------------------------------------

" Anas,buku apa yang kau selalu baca di sekolah agama tu? "  

Anas yang sibuk membuat latihan Matematik Cikgu Raju terus khusyuk tidak memperdulikan Yvonne.

" Anas! " Yvonne mengeraskan suara. 

" Apa lagi ni Yvonne! " Marah. 

" Aku tanya kau. apa buku yang kau selalu baca di sekolah agama tu , yang setiap hari Rabu?" Pertanyaan diulang. 

Yvonne sudah tiada peluang untuk mengetahui tentang buku yang selalu dibaca oleh Anas dan pelajar lain di sekolah agama disebabkan kesibukannya menghadiri kelas tuisyen. Dia selalu melihat Anas membaca buku itu di hadapan Ustazah Kamilah atau Ustaz Farid. Dia mahu , tapi malu. Kata Wati itu buku orang Islam saja. Dia bukan Islam.

" Itu bukan buku. Itu kitab , ustazah Kamilah kata."

" Kitab? "

Anas mengangguk. " Kalau yang kecil , namanya Iqra'. Belajar alif ba ta , sampai habis. ada 6 Iqra'. "

" Lepas habis?"

" Pandailah!"

" Yang besar tu?"

" Kitab yang besar tu?"

Yvonne mengangguk.

" Itu al Quran. "

Matanya terkebil kebil.

" al Quran? "







[bersambung...]




No comments: