" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Wednesday 5 December 2012

Makna.


Pernahkah kau mengalami kejadian seperti kau tidak dapat tidur dan mata kau asyik terencap pada syiling bilik yang ada lekatan 'glow in the dark' sambil minda kau ligat berfikir tentang perkara yang kau tidak pernah sangka kau akan fikir benda tu. Atau sedang kau asyik nikmati cucur atau pisang goreng yang mak kau buat di meja makan di bawah kipas yang ligat berputar sambil merenung teh yang sudah suam-suam kuku memikirkan persoalan yang memerlukan kerjasama hati dan minda. Memerlukan akal dan perasaan. Apa? Kau fikir aku akan berbicara tentang kahwin dan cinta lalu bahagia? No. Di situ kita ndak ber-ngam orang Sabah bilang.

Pernahkah kau terfikir apakah makna kehidupan kau hari ini? Kenapa kau ada di atas tilam empuk berbantalkan kapas yang dibalut dengan alas bunga ropol-ropol atau kenapa kau ada di atas sebuah basikal 3 roda, mengayuh dengan riang tatkala bermain dengan jiran sebelah yang gemuk? Atau kenapakah kau berada di Universiti tersohor dunia dengan timbunan kertas esaimen yang tiada belas kasihan tambahan pula esok ada ujian subjek paling susah di dunia? Kenapa? Siapa kau? Apa yang kau mahu dalam hidup?

Pernahkah kau terfikir benda tu?

Manusia kebanyakannya hidup adalah demi mengejar cita-cita. Cita-cita manusia adakala tidak terbilang banyaknya. Ada yang mahu jadi kaya, jadi fofular, jadi doktor, jadi jutawan, jadi itu, jadi ini. Cita-cita ialah perkara yang kelihatan, diketahui, dinikmati. Misalan sahaja kau bercita-cita untuk naik pangkat. Dan kau pergi menghadiri ujian naik pangkat, selepas itu keputusan keluar dan orang tanya keputusan kau, kau berjaya naik pangkat. Cita-cita tercapai. Dan semua orang tahu.

Apakah kebahagiaan manusia yang sebenarnya? Mencapai cita-cita? Benarkah kebahagiaan itu destinasi?

Pernahkah kau merasa penat lelahnya belajar siang malam, buat nota kecil, bangun tengah malam untuk bertahajjud, ketika sujud terakhir dalam solat sunat hajat lama sehinggakan orang fikir kau sudah koma ketika itu demi mendapatkan A dalam subjek matematik tambahan? Atau kau sanggup mengambil upah kerja mengisi minyak di stesen Petronas atau Shell, sanggup berjaga malam di sana, atau menjadi pelayan di restoran 24 jam demi mendapatkan wang untuk membeli sibiji iPhone? Apakah kau merasa puas apabila berjaya dapat A ataupun sudah berjaya membeli iPhone bukan sekenhen dengan usaha kau sendiri? Bahagia? Itukah kebahagiaan? Cuba kau imbas kembali? 

Pada apa sebuah kebahagiaan itu? Pada rumah yang besar? Jika iya, maka Firaun ialah manusia yang paling bahagia sekali. Jika pada kekayaan itulah kebahagiaan, maka Qarun lah 
manusia yang paling bahagia. Tapi sekarang, di manakah mereka? Benarkah merekalah manusia paling bahagia?

Bukankah kebahagiaan itu adalah sepanjang usaha kau? Ketika kau terlelap seketika dan kemudian terbangun semula pada jam 2 pagi lalu kau teruskan dengan latihan Matematik kau? Ataupun ketika kau dimarah oleh pelanggan kerana tersalah bagi makanan atau pula ketika pelanggan tersipu ketika kau mengambil makanan mungkin sebab kau terlalu hensem atau chantek? Bukankah sepanjang usaha kau itulah yang memberikan kau seribu satu kenangan? Cuba kau imbas kembali. Benarkah hasil segala pengorbanan itu adalah kebahagiaan? Bukan. Kebahagiaan bukan destinasi. Tapi kebahagiaan itu perjalanan. Perjalanan menuju kenikmatan.

Manusia ini hidupnya kebanyakannya pada tahu. Bukan pada faham dan mengerti. Sebab itu ramai yang cemerlang dalam SPM tetapi kandas dalam pekerjaan. Kerana dia cuma 

tahu apa itu A,B, dan C tapi tidak tahu untuk apakah itu? Kerana itu juga remaja ramai yang kandas dalam masalah sosial sedangkan sejak kecil dididik untuk elak segala 

kerosakan, kemungkaran di dunia tetapi nasihat itu dia cuma ambil tahu, dan tidak difahami dengan hati. Kenapa tidak boleh? Kenapa dia perlu menjaga diri? Kenapa? 

Kerana itu juga ketika bait seruan solat kedengaran ,

Assolatu khoiru minan naummmm!
Solat itu lebih baik daripada tidur!

Tapi kenapa masih ramai yang tarik selimut dan teruskan tidur? Sebab kita cuma tahu maksudnya, tidak sampai dihati untuk difahami. Untuk dimengerti.

Sebab itulah masih ramai yang kecewa bila tidak dapat sesuatu yang diinginkan, kerana tiada kefahaman dengan "Percaya dan yakin pada janji Allah."

Tahukah kau setiap kali kau gagal dalam sesuatu yang telah kau usahakan, demi Allah, sehinggakan kegagalan itu juga menjadi pahala kau. Kerana kau berjuang demi Nya. 

Tapi jika bukan kerana Nya, makan apa pun yang kau buat kau tidak akan pernah puas. Kau hilang kebahagiaan dalam perjalanan usaha kau. Kau hilang nikmat pada hasil kau. Apa yang kau niatkan, itulah yang kau akan dapat.

Hidup ini, setiap perjalanannya adalah kebahagiaan. Umpama roda, bila kau di atas akan tiada masalah asalkan kau bersyukur. Dan jika kau di bawah juga, kau tidak akan terseksa asalkan kau bersabar. Kerana setiap senyuman kesyukuran ketika senang meskipun tangisan kesabaran ketika kau dalam kesukaran, semuanya akan diberi ganjaran pahala. Dan kau tahu kan, ganjaran pahala itu membawa kepada apa? Senyum.

Hidup itu bukan pada ujian semata, bukan pada kesenangan semata, tetapi pada bagaimanakah kita melihat, dan menangangi ujian itu. 

Hidup ini bukan mengejar kebahagiaan semata. Sekadar mengejar kenikmatan dunia.

Tetapi hidup ini adalah untuk mengejar makna.

Jadi apakah makna kehidupan anda hari ini?

Teruskan berbaring sambil berfikir sehingga glow in the dark itu semakin suram dan teruskan merenung teh yang mungkin sudah sejuk di atas meja.





p/s : terima kasih Sir Saiful menjadi inspirasi hari ini :)

Tuesday 4 December 2012

Nafsu di bulan Ramadhan.


Ramadhan 2012.

Kami ke bazaar Ramadhan di IP dengan perasaan gumbira. Niat aku hari tu cuma satu. Sotong Kangkung. Lama sudah mengidam. Paling kaw kalau sotong kangkung di Papar. Dia punya kacang, dia punya kuah, dia punya sotong, dia punya fish balls, meat balls, isi ketam dia, kangkung diaaa. Uh!!! The best! Boleh buat diri ini craving lagi lalu membeli semula di pasar malam pada hujung minggu seterusnya.

Pusing punya pusing, jumpa! Pilih la segala. Macam biasa, ambik raga kecil tu, then ambik sotong dalam 3 potong, fish balls, isi ketam tu, itu, ini, siap! Makcik tu tanya, "Mau kangkung?" Aku dongak sikit tengok papan tanda kecil gerai dorang. Terang-terangan di sana bertulis SOTONG KANGKUNG. Aku kira kangkung itu ialah syarat yang terpenting dalam sotong kangkung. tanpa sotong, siapalah kangkung. tanpa kangkung, siapalah sotong dan tanpa kedua-dua nya di manalah makcik ini yang sedang memakai tudung hitam dan baju kurung merah berbunga biru???

Aku angguk.

Sementara menunggu makcik tuangkan kuah pekat yang entah apakah rasanya nanti, kami melilau (baca : berjalan tanpa arah yang pasti, di atas jalan yang benar dan bertar) mencari juadah lain. Aku pujuk=pujuk diri supaya jangan beli juadah lain lagi sebab aku kalau sudah start beli juadah yang tiada dalam senarai, sumpahan akan bermula. Aku akan mula beli juadah macam-macam yang entah siapa akan makan nanti. eh eh, ada double bond pulak di situ. 

Lepas tamat lilauan, kami kembali ke gerai tu. Muka berseri habis. Bayar dalam berbelas ringgit kalau tidak silap. wah wah. Bukan main mengidam. Ni belum lagi mengidam yang bakal beranak betul. Dengan hati berbunga, kami balik ke rumah sewa yang terletak di hadapan pagar UiTM dan berdekatan dengan rumah yang ada bangsal buruk dan ada pokok mangga di mana selalu kami terdengar bunyi tangisan yang sungguh mendirikan rumahtangga bulu di badan. Tapi belum sempat masuk ke halaman rumah, kami sempat lagi bernafsu untuk berpoya-poya di dalam Kg.Lokub demi mencari di manakah sumber azan itu muncul setiap kali 5 waktu masuk? Perjalanan bermula dan kami rasa macam "dalam jalan-jalan Kg.Lokub" pula.

Lama jugaklah kami memuaskan nafsu tu. Dalam setengah jam selepas balik dari bazaar baru kami balik ke rumah. Dan bila sudah hampir tamat sesi angkat mengangkat plastik juadah dibeli dari bazaar, barulah kami sedar bahawa sotong kangkung yang merupakan juadah paling mahal dan dijamin sedap hari tu, tiada. 

Aku dan Mar terpaksa ke gerai tu semula untuk ambil. Perjalanan yang seharusnya singkat, akhirnya menjadi umpama jurni yang sangat panjang, dan akhirnya berjaya menjadikan satu bar minyak kosong. Tapi demi sotong kangkung, semua itu harus ditempuhi dengan tabah. Dan Mar cuma tersenyum dan minta maaf bila kakak yakni anak perempuan makcik tudung hitam baju merah bunga biru tu kata, "jauh kakak cari kamu sampai ke Giant kakak pusing." Harus tahu bahawa sucinya hati seperti itu pada hari ini sukar dicari lagi. Giant jauh. Serius. Lagi-lagi jaman Ramadham macam tu.

Meskipun penat, tapi itu tiada masalah. Puasa bukan alasan penat. Dan sotong kangkung adalah penguat semangat hari tu. Tiadalah sabar akan lidah ini menjamah kuah pekat yang enak, sang gigi meratah sotong yang lazat diselangi bebola ikan dan yang lain. Ah! Pati nikmat penyungkaian (baca : buka puasa) hari itu! Segala pengorbanan akan terbalas dengan keenakan sotong kangkung!

Azan Maghrib berkumandang.

Dan aku cuma ambil 3 suapan sotong kangkung hari itu. Tiada lagi suapan seterusnya. Sampai bila-bila. Saat itu juga, aku rindu sotong kangkung pasar malam Papar. 

Apapun, makcik tudung hitam baju merah bunga biru bertuah sebab sotong kangkungnya menjadikan dia femes di dalam lipatan ingatan aku, selamanya, sepertimana rasa sotong kangkungnya menghancurkan penyungkaian aku. Tapi aku tidak salahkan sotong kangkung sepenuhnya. Aku salahkan nafsu.

Kalau bukan kerana nafsu menggatal dan bergelora, tiadalah aku merasakan sotong kangkung yang kuahnya setawar air suam hari itu.

Katakan tidak kepada nafsu. Yang bergelora. Terutama di bulan Ramadhan.


Sunday 11 November 2012

Time Flies.


Hari tu pergi majlis tunang kawan. Macham ni. Patutnya hari tu ada makan-makan sikit dekat rumah atok then sebagai anak dara mithali kena la kononnya tolong kan. Tapi disebabkan kawan ni betul-betul mengharapkan aku pegi, jadi aku dengan rasa terharunya pergi lah. Dengan menaiki kereta Biba puteh ditemani adik perempuan aku, dan seorang lagi kawan aku bersama adik nya juga. Oh, kawan aku yang bertunang ni kawan aku masa sekolah rendah dulu. Hah. Sekarang sudah 20 masing-masing. Time flies fast *sigh sambil senyum*

Sampai sana, hujan bukan main lebat. Aku dengan gundah-gulana nya call lah kawan aku sorang lagi, tanya macham mana mau masuk ni? Dia kata masuk jak, naik atas terus. Dorang di atas. Ah sudah. Ramai orang depan rumah tu berteduh daripada hujan, ndakkan dia mau kami menerjah masuk rumah dalam keadaan macam ni? Silap juga. Ndak patuh pepatah melayu kali ni, "sediakan payung sebelum hujan". Yalah, payung RM 25 yang dibeli di zoo hari tu pun lupa bawa. Cis. Harga ja mahal. Cis. Maka kami berempat pun berlari-lari dalam hujan, bukan main, kalah video klip Bollywood. Tinggal pasang lagu "Kuch Kuch Hota Hai" jak lagi mengiringi larian ayu tuh. Bukan mainnn.

Sampai depan rumah tu, masing-masing buat muka poyo. Ah sudah. Semua memandang ke arah kami. Aku rasa macam jadik artis jemputan pun ada. Karang ada yang nyanyi lagi "Di hari persandinganmu" ni karang. Tanpa segan, kami naik terus ke tingkat atas. Part ni aku rasa agak kurang sopan. Sebab kami greet macam tu jak dengan tetamu entah sopan entah ndak terus naik ke tingkat atas. Jumpa mama si kawan ni pun ndak. Aduhhh. Tapi pointless punya pasal, redah ja laa.

Ibarat reunion para gadis SK Pekan Kimanis tahun 6 batch 2004, memang excited gila la jumpa kawan-kawan balik. Muka macam tu ja, mungkin ada sedikit matang ditambah dengan jerawat di muka lagilah nampak matang kan (jerawat di dagu sangatlah tidak comel okay. Tidak comel sama sekali) Si kawan kenakan baju gaun warna merah berani. Wahhh sangat berani. Nampak sangatlah kan dia yang bertunang hari tu. Karang takut pulak makcik tu sarung cincin dekat aku ka. Hekhek. Simpang 44. Saya cuma menanti makcik yang tiba dengan rombongan dari Kota Kinabalu sahaja. Ececeh. Entah mama siapalah tu. Kesian makcik ada bakal menantu macam saya ni sudahlah gemok macam panda, kaki pendek pulak tu, pastu doktor UiTM kata kecik ish ish ishhh belum lagi bab masak memasak. Okeh tapi ini bukan pasal kau wahai si gemok macam panda kaki pendek. Ni kisah kawan kau. Kembali ke studio.

Apalagi, nama pun para gadis kan. Lagi-lagi ke majlis kawan bertunang, kawan sekolah rendah pulak tu, kawan lain pun ada. Dah macam reunion dah. Wah wahh. Semua pun ndak henti-henti memanggil tuan fotografer yakni adik kawan yang bertunang ni, untuk ambil la gambar kenang-kenangan menggunakan kamera mahal DSLR tu. Yalah, gambar beribu keping gambar kenangan lah kan. Alahai. Semua pun bajet camwhore time tu kan.Pelbagai aksi dan posisi tapi aksi aku sama ja dengan senyuman nampak gigi yang sekuning apollo tu kan. Serius. Kuning Apollo. *muka serius* Tengah duduk-duduk, si yang mau bertunang ni kecoh panggil semua sanak-saudara bergambar. Bingit tingkat atas oleh beliau. Sempat ditegur aku, behave. Kejap lagi jadi tunang orang. Kena behave. Ececeh. Aku pulak yang tangkap feeling lebih. Haha.

Us :)

Aku : Ni anak siapa? - nampak budak perempuan tidur atas katil pastu merengek-rengek naik ke badan kawan aku, Sikin (Bukan nama sebenar. Hamboi dah macam mastika pulak.)

Ain : Anak sikin. Hahahaha.

Aku *muka serius* : Ah? Anak kau kin???

Sikin : Ndaklah! anak buah aku bah ni.

"Oh yaka. Hehe. Bah tika, kau paling tua suda antara kami semua sebab kau sudah bertunang" - pastu aku ketawa macham apa. Dorang kata ketawa yang ndak berubah sejak dorang kenal aku. Buruk la tu maksudnya =.=''

Tika, si kawan yang mau bertunang ketawa kekeh kekeh. " Manadaaa. Sikin la. Sudah bertunang bulan 5."

Aku pun buat muka :O Memang terkejut. Awalnya lorh. Alhamdulillah. Sempat dia minta maaf sebab ndak jemput. Atotoi. Its okay dear. Yang penting kawin kau mesti jemput aku mau makan banyak-banyak *gelak lagi* -- ndak malu =.='' Dorang pun kata, both of them sama. 2 tahun tunang then kawin. Aku pun, angguk geleng. Tetiba keluar cerita bila mau kawin? Sebagai kaki loyar buruk, aku troll la kata tahun depan. Ngahaha. Though aku tahu benda tu mustahil kan. Ada yang sudah ada perancangan. Bagusla tu alhamdulillah :) Me? To be frank, walaupun selalu post about marriage, cerita itu ini, gambar bukan main ambik time duduk atas pelamin tapi yah. Aku ada pendirian sendiri tentang kawin. Seriously. Ceh, aku jarang serius gini selalu bila kena sampuk ke-serius-an jak. kikiki. 

Menyerlah si warna merah ^,^

Since aku ada peristiwa pahit, yakni pada tahun 2011 aku terpaksa tinggalkan Mesir, aku terpaksa tinggalkan Universiti idaman aku, aku terpaksa tinggalkan cita-cita aku, jadi aku bangkit semula jadi seorang yang... ermm aku kira yang lebih berwawasan, lebih berpendirian dan penuh perancangan. Yah, We just plan. He decide, kan? Tapi Allah akan bantu hamba Nya yang berusaha. So here am I. There's a long journey before I reach that phase, marriage. Kena banyak betulkan, baiki diri. Ada benda yang aku kena kejar, since aku anak sulung, yang selalu dijadikan contoh untuk adik-adik (padahal aku ndaklah bagus sangat kan. Tapi yeahh. Fitrah anak sulung harusnya jadi contoh). Tahun depan, inshaAllah adik aku no.2 selepas aku akan masuk degree while kakak dia sini masih lagi sem 5 masa tu. Haha. I have more than a year untuk ambik degree so aku ketinggalan di situ. Tsk tsk. Tapi ndak apa. Its not that bad. Semua orang ada bahagian dia. So yes. Tentang kawin, lama lagi. Tapi plan nya sudah ada.Before 25. Noktah. Abah Ummi sudah bagi green light. Asalkan sang Adam sudah pun bekerja ketika itu. Hahaha. Calon? Okay kita kembali ke studio.

Entah macham mana aku kena suruh jadi tukang angkat dulang. Hadoi! Memang lahh silap. Sudahlah aku datang majlis bertunang tu pakai baju muslimah jak kan. Orang lain pakai baju kurung aku entah ceruk mana datang entah pakai baju muslimah dengan seluar. Silap besar kau zaaa.Nasib baik tiada makcik rombongan Kota Kinabalu jadi tetamu kalau tidak memang reject lah. *gelak takut* Depan mata ni lah nampak kawan tu disarung cincin, bersalaman dengan bakal mentua. Senyum. Dalam hati mendoakan. Semoga Allah berkati :) Hah lepas tu di sana lah babak ambik gambar atas pelamin orang. Bukan mainnn bukan mainn.

Ya Tuhanku, bilakah giliranku? XD

Bila cerita dengan kawan-kawan tentang plan yang itu (kawin laa) rasa macham, o mai guys. Macham baru ja semalam kita gaduh ngek ngek, pastu main kejar-kejar, that puppy loves that we shared dolu kan, and then masa tu tudung pun ndak betul sangat, doa Qunut pun entah hafal entah tidak but now, we. Oh ndak lah. Some of us. Now, wife-to-be. Tanggungjawab besar. Bukan sebesar Ketua Kelas punya peranan jak, ataupun pengawas sekolah. No no. More. More than that. Bigger than that. Lucky you guys :)

Oh oh. Dannn.. lah Ingat mau habis sudah kan entri ni? Okay 10 November 2012, yakni 101112, both are my friends actually. Yang lelaki was my classmate dulu masa form 3 dan perempuan tu ex - classmate masa semester 1 Diploma In Sciences dekat UiTM dulu, then pindah entah mana ambik kulinari, but yeah. Dorang dah kawin. Happy for them! Mau pergi hari tu tapi ada masalah yang ndak dapat dielakkan. Nampak gambar dorang, sweet sangat. Kawin muda. Mesti best, tapi besar dugaannya. InshaAllah semuanya akan dipermudahkan. Semoga Allah limpahi rahmat dan barakah ke atas dorang berdua, amin. Barakallahulakuma. Seriously ndak sangka kawan lelaki ni kawin, sebab. Haha. Bukan apalah. Dia dekat sekolah dulu bukan jenis Hu ha sangat dengan perempuan. Tup tap kawin? Alhamdulillah. Allah bagi nikmat dunia awal. Jodoh sudah sampai kan. Yang belum ni lagi, kena usaha sikit. 20 tu bukan muda lagi tu. No more belasan tahun. Eh tapi muka I belasan tahun. K.Ambik SPM gitu tahun ni. *gelak besar*

Kawan sekolah SK Pekan Kinarut pun. Lama dah kawin. Padahal dulu masa sekolah selalu main pertandingan menyanyi. Dia selalu jadi hakim pertandingan. Pastu Anis akan menang sebab nyanyi lagi orang puteh while aku nyanyi lagu Indon. Diskriminasi. Haha. Jugak main sama-sama dekat menara masjid, main kapal-kapal segala. Hoahh. Tiba-tiba dapat tahu mau kawin awal tahun tu, and unfortunately ndak dapat datang sebab exam time tu ndak silap. Terkilan jugakla. Lama sudah ndak jumpa. Hampir 10 tahun since I left that school, moved to SK Pekan Kimanis. Now sedang pregnant i think. Dah ulang-alik hospital buat check itu ini. I wonder how it feels ada benda dalam perut pastu tendang tendang gitu. Selalu besar sebab bonchet jak kan. Haha. Bestnya. Fikrah dorang macam tu. Nanti dah bersalin bolehlah lawat, main cuddle-cuddle dengan baby tu. Mesti sweet :D

Seriously, time flies fast. Very very fast. Macam baru jak semalam makan ais krim kacang dengan si Tika tu dekat sekolah, main getah, main batu semua. Macam baru ja nampak Azri tu duduk di tempat dia yang satu-satunya tiada lapis meja. Macam baru nampak Lyn duduk di bangku while aku di lantai nanyi lagu "Dunia belum Berakhir". Haha. We've grown well. kan? Soon, we are daddies, mummies, entah entah grandpa grandma. Haha. 2012 pun dah hampir habis. Ndak lama lagi jadi 21. Dah boleh mengundi. Hah hah hah. Mengundi dengan bijak. Kalau perlu undi rosak, undi rosak. Hah hah. Haih banyak sangat hah hah nya. Oke ke laut lagi.

Tahniah buat kawan yang dah bertunang, dan Barakallahulakuma buat sahabat yang baru mendirikan rumahtangga. Take care untuk sahabat yang preggy. Mesti comel perut besar gitu. whee. May Allah bless. Yang akan datang, jangan segan jemput. Mau tengok anda sekalian bahagia. Manatau sudah boleh timang-timang baby anda. hehe. Boleh ambil 'aura' tu sekali. ngehngeh. Allahu yubaarik wa yusahhil :)

9 years of Friendship and counting. Have A blast guys. May Allah bless <3



:: Sekali berapa lama ndak update blog, entri bukan main panjang. Ambik kau! Btw, kawan sekolah rendah sudah, sekolah menengah sudah, kawan tadika lagi nih. Ndak sabarnyaaa. Siapalah yang duluan. hehe ::

Monday 22 October 2012

Btw.

btw.
Since belog ni pun aku ndak sentuh sangat, insyaallah cuti ni akan dimanfaatkan.
Dah lama rasanya tangan ni ndak menulis. 

Dan btw lagi.
Aku dalam proses merangka cerita baru. not so cerpen, not so novel. ahh tengok ja la nanti.

Dan btw yang last.
Aku ndak pandai sangat tulis cerita selain kisah hati dan perasan.
Haha.
But for this time, aku akan cuba tulis yang ndak meroyan sangat, insyaallah lebih banyak isi daripada sekadar benda yada yada yada.

Oke kali ni betul betul chow.
Ilalliqa' ! :)

Kongsi.

Honestly, berkongsi sesuatu yang kita suka sangat manis dan indah rasanya. Malah, dapat berkat lagi. but yeah. aku adalah manusia yang paling kedekut dalam soal makanan. Tidaklah seperti temanku dua orang itu si Mar dan Piekaroro. Kiela lebih kurang ja macham aku. ahah.

Tapi tentang benda lain, kalau memotivasikan, adalah kegemaran. Aku suka baca cerita variasi macam dalam terfaktab, Langit Illahi (oke anda sekalian sila cari sendiri blog itu) etc. Abah kata, meniru benda yang baik itu bagus. Means, kalau benda yang bawa kebaikan tu, kita ikutlah. Kalau ndak bagus, tinggalkan. Kalau kita nampak orang baca Quran, ikutlah. Tapi kalau nampak orang meniru dalam exam, janganlah ikut. melainkan bila keadaan terpaksa. ahem.

Disebabkan rasa suka berkongsi benda yang boleh bagi manfaat dengan orang lain, entah machammana dapat ilham daripada Allah, maka terciptalah satu blog yang diterajui oleh bloggers yang cool amat. Kami masih dalam proses memperbaiki, mengeluarkan idea dan etc sebelum blog itu diperkenalkan secara rasmi. Blogger yang join blog ni semuanya atas pilihan aku secara peribadi, ofkos la kroni aku jak sekalian kan. 

Misi dan Visi blog ini adalah untuk memotivasikan, memberitahu, berkongsi, dan berdakwah. bukanlah niat untuk jadi femes dan ramai follower seperti terfaktab (my one of favs belog) mahupun belog belog femes yang lain. adapun... ceh. ayat macham hikayat Merong Mahawangsa. haha. kendatipun, cewahh. oke sep sep. ke laut. Most of blogger yang kena pilih adalah pemilik blog yang blognya penuh dengan cerita travel, atau jenis santai, atau jenis yang penuh falsafah, atau yang terel bab doodles, atau yang lawak, atau yang serius dan berbahasa baku, ada yang tiada tujuan seperti yang sedang menulis ni. Oke bohong. mana boleh tiada tujuan. oh, mungkin lebih kepada tiada style sendiri la. yalah yalahh. tengah cari identiti la ni tsk tsk! Kaaa identiti makan jak aku ni? Haiz!

So insyaallah nanti belog yang ordinary ini akan diperkenalkan secara rasmi, barisan blogger pun akan diperkenalkan insyaallah. nama belog belum sah lagi sebenarnya. hehehe. Satu ja tujuan belog ni sebenarnya. Untuk dapatkan mardhatillah :) insyaallah.

Oke, gotta go. Mau mekap sikit belog tuh. belog ni pun ndak lagi dipeduli sejak ada 'anak angkat' baru tu. ehehe. Bersabarlah ya belog ku sayang! *wink* 

Sunday 14 October 2012

Jauh. Tapi Dekat.

Tahukah kau.

Bahawa jarak itu memisahkan.

Zon waktu kita juga berbeza.

Kadang terasa kita seperti di dunia berbeza.

Benua kita tidak sama.

Terasa seperti setiap langkah berat.

Kalaulah.

Kalau setiap langkah itu boleh merapatkan yang jauh.

Atau setiap detik jarum masa.

menjadikan 6 jam itu tiada beza.

Sama.


Jauh.

Tapi Dekat.

Di hati.

Saturday 6 October 2012

Hati yang Memilih ; Kosong.



Blur. Kosong. Tiada arah. Begitu sikap otaknya kebelakangan in. Dia tidak tahu mengapa tiba-tiba dia merasakan dirinya hilang arah tujuan. Sedangkan sebagai orang mukmin dia tidak seharusnya begitu.

'Orang mukmin itu hidupnya adalah untuk sembah Allah,menjadi khalifah di muka bumi ini… ', begitu kata ibu saban hari sewaktu masa remajanya, jika dia berasa malas untuk bersolat jemaah di surau mahupun untuk menyertai aktiviti kebajikan di kawasan kampung.Ustaznya turut mengatakan kepadanya di dalam kelas agama mereka. Berulang kali ustaz menyebut, menjadi rutin yang janggal ditinggalkan.

'Allah berfirman : Wa maa Khalaqtul Jinna Walins Illaa Liya'buduun.. Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk menyembah aku , surah Az-Zariyat ayat 56...' Begitulah ayat yang ustaz selalu baca sebelum memulakan kelas, ditambah dengan huraian yang pelbagai. Dia mendengar tanpa jemu. Berfikir tanpa rasa.Apabila hijrah termaktub dalam kanvas sejarahnya, dia bertemu dengan sekumpulan pemuda yang sangat soleh. Lebih soleh dari sahabat-sahabatnya di sekolah agama dahulu. Detik kakinya menjejakkan tanah di kepulaun British ini, dia disambut meriah oleh mereka, seolah-olah mereka ibarat rakan lama. Mereka membawanya ke rumah untuk bertamu nasi dan lauk malaysia. Tidak kempunan dia akan gulai asam pedas ibu di kampung. Ibu kata rajin-rajin masak di negara orang. Masih tersemat resepi ibu di dalam poket sewaktu permergian dia ke negera baru. Bukan orang Johor jika nasi tidak bergulaikan asam pedas!

Dari kenalan biasa, mereka menjadi sangat intim sehingga ke mana-mana sahaja mereka pasti bersama.Walau mereka bukan sebaya namun dia berasa sangat selesa bersama mereka. Apatah lagi duduk di negara orang tanpa keluarga yang boleh berkongsi rasa suka dan payah di situ. Pada dia, merekalah abang dan sahabat. Rakan barunya itu sering membawanya ke 'study circle' bersama orang-orang muslim di situ. Bukan sahaja dia dapat kenal dan bertutur dengan masyarakat Muslim British, malah dia dapat tahu betapa terbukanya pemikiran mereka. Cara masyarakat Muslim British berfikir lain dari masyarakat Melayu. Muslim di sini belajar untuk beramal, dan mereka faham akan asas-asas Islam sehingga mampu menghuraikan tentang Islam kepada yang bukan Muslim. Berbeza dengan masyarakat Melayu yang tidak tahu bagaimana untuk berdakwah kepada masyarakat Cina dan India di Malaysia sendiri. Kagum dia melihat teman-teman Muslim tempatan membidas hujah-hujah masyarakat Kristian tentang isu poligami, hijab dan terrorisme dalam bahasa Inggeris yang fasih dan jelas. Dia sendiri berasa malu dengan dirinya sendiri kerana masih tidak mampu memahami Islam sejelas mereka apatah lagi menerangkan kepada manusia lain sehingga mereka tertarik dan menganut Islam.

Dia merasakan ketenangan berada di dalam kelompok mereka. Dia berasa dia lebih beriman dengan apa yang dia tahu dengan Islam apabila bergaul dengan masyarakat yang dambakan Islam di tengah kelompok masyarakat jahiliyyah dan kuffar. Dia sendiri berasa pelik bagaimana mungkin dia boleh jadi sebaik ini tatkala datang ke negera penjajah tanah Melayu ini. Mungkin lagi susah kita mahu dapatkan sesuatu, lagi kita hargainya, begitu dia berfikir. Lagi sukar untuk mendapatkan ilmu Islam, lagi kita menghargai Islam itu sendiri.

‘Tugas kita adalah menjadi hamba Allah dan khalifah Allah’, begitu kata khatib berbangsa German seusai solat Jumaat di surau kecil di universiti.


Khalifah Allah? Apakah itu sebenarnya? Sering benaknya berfikir, namun Shish, rakan Pakistanya menyebut dalam bahasa Inggeris berloghatkan Urdu, ‘Itu adalah tugasan kita untuk mentadbir alam ini,memastikan segala yang hidup di dunia ini berputar pada paksi yang satu iaitu pada Allah Taala semata-mata’.

Dia blur, tetapi mengangguk tanpa faham. Bagaimana sebenarnya untuk melaksanakan perkara itu? Kenapa kita perlu lakukan semua itu? Otaknya masih nakal untuk bertanya, sanubarinya terlonjak-lonjak mahukan jawapan. Namun mulutnya sering berkunci kerana dia tidak mahu memalukan dirinya sendiri.

Dia tahu Allah ciptakan manusia untuk menyembahNya semata-mata, tidak yang lain. Dia arif akan perkara itu, tetapi mengapa tidak dapat dia rasai benda itu? Mengapa ia tidak merasakan apa sahaja yang dibuat adalah merupakan manifestasi ibadahnya kepada Allah? Tidak berimankah dia? Tidak ikhlaskah dia? Apakah makna iman? Apakah makna ikhlas?

Cukup! Cukup! Bentaknya sendiri. Dia perlu hentikan soalan-soalan itu. Dia tidak mahu pening sendiri. Apa yang dia mahu adalah untuk merasakan apa sahaja yang dipelajari. Dia tidak mahu banyak ilmu namun langsung tak rasa apa-apa. Main ikut sahaja apa yang dia tahu. Perasaan itu penting!

Dia masih termangu-mangu di atas meja belajarnya. Haba elektrik yang sudah dipasang penuh tidak mampu melawan kedinginan cuaca di hari itu. Hawa dingin itu masih mampu menyelit ke dalam biliknya melalui celahan pintu dan tingkap. Dia melihat keluar jendela dan memerhatikan rintik-rintik salju turun memutihi seluruh daerah tempat dia bermukim. Indahnya melihat salju namun perit apabila memegangnya. Memegang salji adalah seperti memegang ais yang diambil dari peti ais. Sejuk yang mencengkam.


Apa ada pada salji? Tentu banyak yang Allah mahu manusia belajar dari salji. Dia sangat seronok bertemu dengan salji. Bermain-main dengan kepulan ais. Mengambilnya dan membalingnya ke tanah. Dia selalu melihat di dalam filem orang barat, mereka bermain-main dengan salji, membuat orang salji dan berdamparan di atas salji terutama sewaktu perayaan hari Krismas. Sudah lama dia berkeinginan untuk memegang salji. Bermain dengan salji walaupun dia tahu perasaan itu wujud kerana salji tidak pernah ada di negaranya sendiri.



Hari ini dia tidak berniat untuk keluar bermain salji. Seronoknya cuma sementara. Dia perlu memakai pakaian tebal dan sarung tangan yang kalis air jika mahu bermain. Jika tidak tangannya akan bengkak kesejukan. Lagipun salji turun agak lebat, dia lebih rela duduk di dalam bilik dan belajar untuk persediaan peperiksaan akhir tahunnya.

Salji mengingatkan dia akan dosa dan pahala. Tentang hati manusia. Salji itu putih,bersih dan sempurna, sedangkan hati manusia yang bergolak sering bercampur aduk antara kekotoran dan kebersihan. Jika manusia dapat gambarkan ketulan hati mereka seperti seketul ais, tentu mereka mahu hati mereka seputih ketulan ais itu. Kerana putih itu indah. Jika diambil ketulan ais yang telah bercampur tanah, tentu mereka tidak akan bermain dengan ais tersebut, kerana pada sudut pandangan cetek manusia, ais sebegitu adalah kotor dan tidak sempurna. Namun ramai manusia tidak mampu mengambil perumpamaan dan pelajaran dari sejumlah besar ciptaan Allah.


‘Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia menurunkan ais dari langit, dari gunung-gunung, makan ditimpakannya ais itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan dihindarkanNya dari siapa yang Dia kehendakinya. ( An-Nur: 43)’


Buku ‘pathology’ terkuak luas di hadapannya namun dia masih memikirkan persoalan yang besar di benaknya. Dilihat jam di tangan. Dhuha masih ada. Dia mengambil wudu’ dan membentangkan sejadah. Bersiap sedia untuk menyempurnakan dua rakat sunat buat Rabb. Berikanlah aku hidayah untuk merasai imanMu Ya Allah! Bisiknya dalam hati. Dia ingin bertemu dengan jawapan kepada setiap persoalannya.

Setelah munajat yang panjang pada Allah, dia duduk berteleku dan berfikir. ‘Berfikir itu lebih baik daripada ibadah selama 1000 tahun’, ungkap salah seorang sahabatnya di satu ketika. Dia berasa sangat tenang apabila bercakap dengan Allah. Mencurahkan segala keresahan dalam hatinya. Dia rasa lapang. Dan dia rasa Allah berada bersamanya ketika itu.

Akhirnya dia bertemu jawapan kepada semua persoalan-persoalannya. Dia tahu banyak perkara tentang Islam tetapi dia tidak merasakan kepentingannya. Dia laksanakan apa yang dia tahu namun dia masih berasa belum puas. Seperti seorang ilmuwan kristian yang belajar tentang al-Quran namun tidak pernah beriman kepada Allah.

Akhirnya ilham itu muncul. Ya, dia tahu sekarang bagaimana untuk merasai apa yang dia tahu. Dia tahu bagaimana untuk merasai kemanisan iman itu.

Diambilnya buku ‘Kumar and Clark’ yang berada di sisi katilnya. Dibukanya halaman tengah secara rawak. Dibacanya beberapa perenggan.

Serum calcium levels are mainly controlled by parathyroid hormone (PTH) and vitamin D. Hypercalcaemia is much more common than hypocalcaemia and is frequently detected incidentally with multichannel biochemical analysers.

Dia cuba memahami dengan hati,namun gagal. Dia memahami dengan akal. Walaupun terpaksa membaca berulang kali namun dia faham juga akhirnya. Tutup. Diambilnya novel pemberian kakaknya pula, ‘Life of Pi’. Dia membaca untuk beberapa ketika. Dia terleka. Menghayati setiap bait ayat dengan penuh perasaan. Patutlah ramai orang mengantuk bila membaca buku akademik tetapi mampu berjaga malam untuk menghabiskan novel. Ditutupnya novel tersebut dan diambilnya al-Quran yang berada di sisi.

Dibacanya beberapa ayat dalam surah Az-Zariyat termasuk ayat ke 56 itu. Dia membaca maknanya sekali. Kali ini,buat pertama kalinya, dia membaca dengan hati. Sukar pada mulanya, namun dia terus mencuba. Membayangkan bahawa Allah menurunkan Al-Quran itu pada dia. Merasakan Allah berkomunikasi dengannya.

Dia terus membaca dan menghayati makna dari Al-Quran tersebut sehingga benar-benar meresap ke dalam hatinya. Perlahan-lahan, air matanya turut bergenang, perasaannya turut basah dengan keinsafan. Kenapa tidak dia rasakan sebelum ini? Membaca tanpa memahami,mendengar tanpa menghayati. Sedangkan ini kalam Allah! Jika dia dapat menghayati novel sampai menangis-nangis,mengapa tidak untuk kitab Allah? Dia kaget akan dirinya. Mahu salahkan siapa jika dia sendiri tidak menyedarinya? Begitu benar apa yang dikatakan dalam Al-Quran,


‘ Maka tidakkah mereka mentadabburi( menghayati) Al-Quran ataukah hati mereka terkunci?’ (Muhammad: 24)

“Dan sungguh akan Kami isikan neraka Jahanam dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati,tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami dan memiliki mata tetapi tidak melihat dan memiliki telinga tetapi tidak mendengar. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi’ ( Al-A’raf: 7)


Sedihnya hatinya memikirkan keadaan dirinya yang tidak peka dan menyedari kerugian yang dia hadapi kerana tidak membaca Al-Quran dengan hatinya. Al-Quran disamakan ketika membaca buku-buku perubatannya.  Kosong dari makna, jauh dari ruh!

Kini sudah dia mula memahami apa yang sering dialunkan di telinganya, ‘Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku.’ Dan dia benar-benar merasakan itu dengan hati. Bukannya dengan beribadah secara rutin pada Allah tetapi turut memenuhi hak-hakNya. Akan dia jadikan seluruh kehidupannya, dari bangun tidur sehinggalah dia tidur kembali, sebagai ibadah kepada Allah, dengan melakukan sesuatu hanya kerana Dia. 

Dia turut faham akan makna khalifah di atas muka bumi ini. Diselaknya halaman al-Quran dan didapatinya ayat yang dikehendaki. Dia membaca dengan kuat. Mahu ayat itu turut bergema dalam hatinya dan meresap ke dalam pembuluh darahnya. Dia mahu hidup berpaksikan ayat ini.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.’( Al-Baqarah:30)

Ya, khalifah! Tugas yang membezakan manusia dengan makhluk Allah yang lain. Tugasan yang hanya sanggup dipikul manusia, bukan umat yang lain. Tanggungjawab yang meninggikan martabat dan nilai manusia di alam semesta ini. Namun cuma secubit manusia memahami dan melaksanakan amanah ini.



Khalid rakannya dari Syria pernah berkata padanya, mengapa Allah menyuruh kita menjadi khalifah adalah untuk kita menyeru seluruh manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah. Manusia wajib memastikan seluruh makhluk yang melata di atas dunia ini untuk tunduk kepada Allah. Dengan cara itulah manusia dapat menjadi pentadbir alam ini. Dia teringat sebuah kisah yang pernah terjadi kepada Abu Dzar, sorang sahabat Nabi. Beliau hanya menemui Rasulullah selama tiga hari untuk mendalami Islam. Kemudian dia pulang menemui kaumnya dan berhasil mengislamkan mereka keseluruhannya. Tidak perlu tahu terlalu banyak untuk menyampaikan Islam, malah perlu berkongsi apa sahaja yang kita tahu tentang Islam.


Dia menutup Al-Quran yang dibacanya serta memerhati di luar jendela bilik kecilnya. Salji masih mesra dengan alam, turun dengan rintik yang perlahan-lahan. Dia menyedut nafas panjang dengan lega. Alhamdulillah, kini dia sudah faham dan mengerti maksud kehidupanya. 

Fikirannya sudah tidak kosong lagi.




Muharikah -


Thursday 9 August 2012

10 malam terakhir , malam syahdu


Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan yg menciptakan seluruh alam ini..selawat dan salam buat Baginda yg kita cintai Nabi Muhammad s.a.w. , ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya serta orang-orang yg mengikutinya sehinggalah alam ini dimusnahkan oleh Allah S.W.T.

kakanda adinda yg saya kasihi sekalian, ketika Rasulullah s.a.w. dijemput ke Sidratul Muntaha sebagai tetamu agung kepada Allah S.W.T. betapa gembira dan bahagia rasa di hatinya kerana dapat bertemu dengan kekasihnya dan takkan ada lagi makhluk yg dapat singgah di tempat tertinggi itu..dan, di situlah Rasulullah s.a.w. menerima anugerah paling agung dan istimewa iaitu PERINTAH SOLAT~

terkesan di hati bahawa kita umat yg sangat beruntung lantaran anugerah yg Rasulullah s.a.w. terima itu..Nabi pulang ke bumi dengan penuh rasa syukur dan gembira kerana itulah satu-satunya ibadat yg bakal menyelamat umatnya dari azab neraka meskipun dirasainya akan bertembung dengan dugaan dan tentangan yg amat besar dari masyarakat jahiliah masa itu..

bila difikirkan memang takkan ada lagi manusia yg akan mendapat anugerah sedemikian dan takkan berlakunya lagi mikraj kepada manusia..

solat tiang agama..memandu manusia ke jalan redha Allah S.W.T. dan merupakan ibadah yg pertama akan ditanya dalam interview dan sesi soal jawab di alam barzakh dan Padang Mashyar kelak..tp, di sebalik anugerah itu semuanya terserah kepada kita semua bagaimana kita memeliharanya dengan sebaik-baiknya..paham ke??

ketika Nabi diangkat ke langit utk menerima solat ianya berlaku di sebelah malam yg sunyi sewaktu manusia sedang tidoq..maka dengan sendirinya solat yg dilakukan di waktu sebegitu pasti mendapat tempat yg sangat2 tinggi di sisi Allah S.W.T..TERTINGGI..masyaAllah tabarakAllah..ketika manusia sedang nyenyak tidur, ada manusia yg sanggup bangkit meninggalkan tempat tidur depa demi menjaga dan memelihara anugerah yg Nabi tinggalkan selain solat-solat lain yg difardhukan..

Allah S.W.T. Maha Mengetahui apa yg hambanya kerjakan, tp Allah Azza Wajalla sengaja bertanya juga kepada Jibril a.s. apakah hambanya sedang buat ketika malam begini..malaikat Jibril pun menjawab bahawa sebahagian depa sedang tidoq, sebahagian depa sedang berbuat maksiat dan amat sedikit dri depa yg sedang solat dan bermunajat kepadaMu~

lalu Allah S.W.T. berkata kepada Jibril a.s. bahawa Dia MENCINTAI org yg bersolat itu dan khabarkan kecintaanNya itu kepada seluruh penduduk langit dan menyenaraikan namanya dalam senarai orang-orang yg mendapat tempat tertinggi di sisiNya..maka seluruh penduduk langit sentiasa menyebut-nyebut nama orang yg sentiasa menjaga solat malam..

kakanda adinda yg saya kasihi sekalian, tidakkah kalian mahu nama kalian sentiasa menjadi sebutan penduduk langit dan mereka sentiasa mendoakan kebaikan untuk kalian..tidakkan kalian teringin menjadi popular dikalangan penduduk langit? best tu! popular kt dunia best takat mane je? kejap lagi dah mampoih spa nk igt? buleh la tahan 2 3 tahon..pastu?? tp cuba bayang klu fofulor di langit sana? bak kata inche gabbana "biar tidak glamour atau dipuja manusia, asal popular di langit tujuh petala" tahu kisah salah satu contoh hamba Allah yg biasa tetapi mempunyai akhlak yg sempurna sehinggakan nama beliau cukup terkenal di kalangan penduduk di langit walaupun nama beliau x diketahui di bumi?? siapakah beliau? nama beliau ialah Uwais Al-Qarni..mantap kosai!!! (bg sesapa yg belum biasa dengaq insyaAllah ada rezeki akan diceritakan kemudian hari)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Allah S.W.T. sayang kepada lelaki yg bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya..dan Allah sayangkan perempuan yg bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” [Hadis Riwayat Abu Daud]

Allahu Rabbi...jika dengan menghidupkan malam dengan solat sunat sahaja sudah sebegitu tinggi nilainya di sisiNya apatah lagi jika kita sentiasa menjaga solat fardhu 5 kali sehari..x hairanlah jika solat itu diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w., Allah sendiri yg menyampaikannya kepada Baginda Nabi di tempat yg tertinggi kerana nilainya sangat tinggi..klu ibadah lain semua menerusi perantara malaikat Jibril a.s. perasan x?? xkn saja2 Allah angkat nabi p langit dalam satu malam menerusi 'kenderaan paling laju' ketika itu (sehingga ke hari ini xdak sapa lg boleh beat BURAQ, kelajuan cahaya kot..pergerakan sejenak son Goku super saiya tahap ke 15 pon kalah, apetah lagi gear 3rd monkey D. Luffy, Usain Bolt juga pasti teruja jika mengetahui akan hal ini) semata2 nk menerima benda yg remeh? ini menunjukkan betapa tingginya nilai SOLAT..nampak x? SILA NAMPAK!

Allah S.W.T. berfirman, "dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ’sembahyang tahajud’ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. [Surah al-Isra' : 79]

sesungguhnya solat malam mempunyai pelbagai kelebihan..Nabi SAW bersabda, “pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun (ke langit dunia) ketika tinggal sepertiga malam yg akhir. Ia berfirman : “barang siapa yang menyeruKu, akan Aku perkenankan seruannya..barang siapa yang meminta kepadaKu, aku perkenankan permintaanya..dan barang siapa meminta ampunan kepadaKu, aku ampuni dia.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim] 


bersempena 10malam akhir Ramadhan ini..marilah sama2 tingkatkan amalan dalam melaksanakan misi mencari malam di mana malamnya dipenuhi keberkatan..malam di mana diturunkan al-Quran..malam yg ditentukan taqdir utk kita pada tahun berikutnya..malam yg diberi nama Lailatul Qadr~ ke cne??
bila? x perlu diketahui secara spesifikny bile kita bakal ketemu dgn malam al-Qadar ini..mungkin klu diberitahu secara jelas hari dimana terletaknya malam al-Qadar ini kita akan mula nervous, berasa resah, gelisah, nak terberak, histeria dan sebagainy..ade sbb mengapa disembunyikan malam al-Qadar ini dan salah satuny adalah kerana supaya seseorang mukallaf itu bersungguh2 berusaha mencari malam al-Qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu..


seseorang yg meyakini akan datangnya malam al-Qadar maka dia akan bersungguh-sungguh mencarinya pada keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan malam al-qadar..Allah akan bermegah dengan usahanya ini dengan menyatakan kepada para malaikat bahawa inilah manusia yg pernah kamu katakan bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi sedangkan apa yg kamu lihat ialah mereka merupakan makhluk yg kuat beribadat..subhanAllah tabarakAllah..maka nikmat tuhan kamu yg manakah yg kamu dustakan??

kakanda adinda yg saya muliakan, amatlah malang serta rugi besarnya jika peluang keemasan yg Allah sendiri sediakan utk kita, umat nabi Muhammad ini disia2kan sama sekali dgn hal-hal keduniaan yg hny bersifat sementara..kita semakin hampir denganNya..tinggal kita mau atau tidak..muhasabah sejenak

ayuh kakanda adinda yg saya kasihi sekalian, bangunlah ketika manusia sedang tidur kerana Allah S.W.T. menunggu akan kehadiran kalian..pintalah keampunan dariNya nescaya kalian beroleh kemenangan..serulah kepadaNya pengharapan, nescaya kalian beroleh pertolongan dan bimbingan..
sekian, moga ada manfaatnya~





Originally written by : Arif Yaakob

Saturday 4 August 2012

Nikmat Puasa


Assalamualaikum wbt!

Syahdu sungguh bile teringatkan raye ni. Bukan la sebab tak sabaq nak beraya,tapi terlalu banyak kenangan dalam lagu raye uh. Semua ada. Pasai anak dah lama tak pi jengok mak pak,pasai teringatkan mak pak yang da lama meninggai,pasai kekasih hati pengarang jantung intan payung la bagai..tp takde la syahdu mane kalau nak dibandingkan depa yang berada di perantauan. Betol kn?? Haha. Tu pun belum dengaq takbir raya kat msia yg mendayu2 lagi kn. kuikuikui :3

Sebenaqnya bukan cek nak cerita pasal raye,cuma nak cerita pasal lagu raya je. Tang mane-mane je dah mula berkumandang lagu raya. Kat shopping complex, stesen minyak dan jugek kt PC ang pa kn? :P Suasana beraya tuh da diwujudkan lebih awal daripada sepatutny. Tapi takde masalah. Nak pasang pon boley. masing2 punye hak nak rasa semangat nak beraya tuh. Ape lagi lepas ang pa da berjuang melawan nafsu time bulan puasa ni kn. Tapi sebenaqnya sebelum kegembiraan menyambut raya tuh, ada 1 kegembiraan yang kadang-kadang kita suma terlepas pandang. Itu la kegembiraan ketika berbuka puasa. yeay!!! :DD

Ada ke ang pa nengok org buka puasa dengan linangan air mata? Sambil mengesat-ngesat hingus kat hidung sebab terlalu sedih kerana berlapaq? sudah tentu jarang sangat berlaku kan. Kecuali la kalau org tuh da brapa hari berbuka puasa negok ayak paip ja, sekali tuh dapat berbuka nasik beriani, memang kompem berlinang setitis dua air mata. Dan tak mustahil jugek berlinangan air liur melihatkan makanan tuh sebelum berbuka. Haha! Sape tau kn. Mantap kosai!!! *eh tetibe

Kebanyakan orang akan terasa kepuasan. Bole tengok kat wajah depa bila berbuka. Sebaik azan berkumandang, kite mula makan. Kalau kat rumah, mungkin kite boleh tengok wajah ahli keluarga. Kalau berbuka kat luaq, mungkin boleh tengok keadaan wajah orang sekeliling yang sedang berbuka. Even mungkin sekadar minum air teh O, tp subhanAllah, tabarakAllah, gayanya macam nikmat sangat. Tulah kegembiraan bagi org yang berpuasa di dunia ini. Di akhirat nanti, orang-orang yang berpuasa ni akan lebih gembira lagi apabila dapat bertemu dengan Allah azza wajalla. Apabila dapat melihat ganjaran puasa,dapat masuk syurga melalui pintu yang khas untuk orang-orang yang berpuasa (ar-Rayyan) dan banyak lagi. Fuwah!

Ape yang paling penting sekali bile kite berbuka puasa? Boleh ke kite berbuka dengan nasik beriani or murtabak or ayam percik semata-mata without ayak? (apsal rasa berair je dalam mulut ni XD).. semua orang dalam dunia (cewahh) pasti akan berbuka puasa dgn air. Sebab 2 je keinginan kite pade waktu berbuka (ke aku sorg je?? heheheh!) Da lepas negok air, baru boleh masuk benda-benda yg lain. Seumpama pelincir, kalau takde pelincir nak masuk makanan dalam tekak pun rasa perit je kn. Ke korag main telan je? mantap kosai!!!

nikmat air sahabat-sahabat sekalian. Bayangkan kalau Allah tarik nikmat air ni macam berlaku kat negara-negara Afrika sana. Still terpikiaq lagi ke nak buka puasa dengan murtabak dan ayam percik? sah-sah ayam tuh depa tak basuh. Sementara ade ni kena banyak bersyukur. Supaya diberikan kekuatan untuk bersabar semasa dah takde nanti.

Tapi dalam kegembiraan menikmati juadah berbuke, ang pa jangan lupa untuk berdoa. Sebab doa sebelum berbuka puasa adalah mustajab dan pasti dikabulkan oleh Allah,samada cepat , atau lambat. Doa la apa2 je. Ampunkan dosa ke, mintak sihat ke, nak jadi kaya ke, nak jadi kayu pon boley~ insyaAllah makbul!! hoho

Same goes time waktu sahur. Sebab ianya termasuk 1/3 akhir malam. Maka, kalau terbangun awal tuh, solat la tahajjud barang 2 rakaat dan berdoalah sebelum makan sahur. InsyaAllah tabarakAllah, jika diamalkan setiap hari, ia akan menjadi kebiasaan bagi kite untuk bangun solat malam. Dan opkoz peluang untuk bertemu dengan Lailatul Qadr akan lebih luas. Woh , Lailatul Qadr tu. malam yang lebih baik daripada seribu malam! Wallahu'alam.

Renung-renungkan , dannnnn selamat beramal! :D






I've edit there and there , but still , credit to Arif Yaakob :) 
tajuk asal : Kegumbiraan bagi Orang yang berpuasa.

Friday 27 July 2012

Ramadhani Rabbani

Salam :)

Kira-kira 12 tahun lalu
-------------------------------
Baru balik dari sekolah pagi atau aku panggil sekolah melayu. Masa tu kan puasa. penat bukan main. haus lagi konon. tercungap-cungap kunun balik supaya ummi nampak jadi ummi kesian , suruh minum sekali naik rumah bagi salam , ummi kata " bah , rehat dulu. lepastu pegi tukar baju. sekolah agama." 

Hampa. Serius hampa. cis , harapnya hati disua air , sekali disua perintah mandatori. cis cis cis.

Tiba-tiba adik nombor 4 , perempuan. datang mulut mengunyah. kecik lagi dia masa tu. Baru 3 tahun rasanya. mata ni laju sangat refleks dia siap nampak ada nuget dalam genggaman tangan kiri dia yang kiut tu. air liur secara pantasnya mencurah-curah di dalam mulut lantas ditelan kembali , membasahkan tekak yang kering mengalahkan hati manusia yang ndak pernah baca quran.

suara lembut si kakak sulung dorang yang ndak pernah kedengaran sejak kelahiran tiba-tiba keluar dari bibir molek aku konon masa tu. nada punyalah beralun , kalau dibawa bertarannum mungkin dipanggil pakar sudah. level volume masa tu , kuat lagi bunyi tikus sedang bercicit cuba menggoyakkan roti di atas meja ketika waktu malam kalau ndak ditutup dengan tudung saji atau masuk kontena. ah begitulah penangan si kakak sulung yang sedang lapar menunggu masa untuk membaham mangsa. yah. dia begitu desperate ketika itu.

Jari telunjuk diletak dekat bibir , dan tangan kanan aku perlahan-lahan ambik nuget dari tangan molek adik aku. muka dia tiada reaksi. tenang , dan mulus. dalam hati sumpah gembira. yes. jenayah tersembunyi. hati terkekeh girang.

Pegi sekolah agama jak , memang happy lah sakan. energy regained. wah wah. kemain. siap main kejar-kejar gitu. kawan lain pun terkesima melihat kecerdasan dan kecergasanku.


Tapi bila balik dari sekolah , semuanya berlaku macham biasa. gembira di hati Tuhan  ja tau sebab rahsia masih tersimpan kemas. Yet , bila mau tiba waktu sungkai (buka puasa) Ummi halang aku untuk buka puasa sama-sama dorang. aku protes. dan dengan gaya cool tanpa pandang muka aku , ummi kata


" Nuget tadi ndak cukup lagi ka? "


---------------------------------------------------------------------------------


Bangun awal untuk prepare sahur dengan ummi. dengan adik perempuan , sama-sama sedia makanan untuk sahur pagi tu. We eat together , walaupun di subuh hari amatlah sunyi sepi situasi makan tu. but seriously. its just , PERFECT. having sahur with them. 


Untuk elak tertinggal subuh , kami akan elak untuk tidur lepas sahur. Abah kata , isi Ramadhan ni dengan ibadah. Baca Quran , lebih kerap berbanding semasa hari-hari lazim. Solat lebih khusyuk , berdoa lebih panjang. 


Ustaz kata , Allah buka pintu-pintu doa supaya doa kita dimakbulkan. ganjaran pahala digandakan bukan dua , tapi tidak terkira bilangannya. ketenangan itu lebih luar biasa. Masa ramadhan ni lah kita berlumba-lumba buat kebaikan. Ustazah kata , its okay kalau time ramadhan ni kita berubah jadi baik. pedulikan apa orang kata. kita muhassabah diri kita. kalau kita mau jadi baik sampai bila-bila , istiqamah. sebab kata ustaz , kalau setakat baik di bulan Ramadhan itu ialah manusia Ramadhani. tapi kalau baik sehingga bila-bila tu manusia Rabbani. Manusia yang digelar hamba Allah sebenar-benarnya. Bukannya Ramadhani ; hamba Ramadhan. bukan.


Aku sedar yang mau bangun qiam amatlah susah di kala hari-hari lazim. tapi bila Ramadhan , semangat untuk qiam alhamdulillah membuak-buak mungkin kerana aura-nya yang luar biasa. Aura Ramadhan. terlalu luarbiasa. terlalu istimewa. even kadang aku tiada kekuatan untuk bangun sebab siang hari , sangat hectic. sampai ke malam jam 10. I only have 3 days untuk tarawih yakni Jumaat , Sabtu dan Ahad sebab lain hari kelas sampai 10 malam , bila balik kerja bertimbun dan pulaknya esok pulak dimau. ya alasan. tapi manusia biasa. sukarnya lawan semua tu. i miss tarawih. really. i really-really miss it. sebab tarawih setahun sekali (yakni dalam sebulan ramadhan tu) ja. tapi ustaz kata ndak apa. tarawih tu sunat. menuntut ilmu tu fardhu. utamakan yang utama. agak sukar bila dikatakan dua-dua pun utama tapi fitrah sebagai yang lemah , perlu bias dalam macam-macam perkara.


-------------------------------------------------------------------------


Lepas kedapatan makan nuget , malam tu abah pesan.


" Janji lepas ni jangan buat lagi benda ni. Kali ni abah ummi yang dapat tau dan hukumannya cuma nda dapat buka puasa sama-sama jak. tapi lain hari , kalau abah dengan ummi ndak tau , jangan lupa. Ada yang Maha Tahu. dan jangan lupa , hukumannya ndakkan seringan hukuman abah ummi kenakan. puasalah sebab Allah , bukan sebab abah ummi suruh. "


Senyuman itu masih aku ingat. garis senyum yang abah ukir , dan pandangan mata yang penuh bermakna. Rabbani. jangan Ramadhani.


" Ummi , nanti saya ada anak kembar lelaki saya namakan dorang Ramadhani dan Rabbani boleh? "


" Boleh ba kalau kau! "


------------------------------------------




Ramadhan kita. adakah sama dengan ramadhan mereka saudara kita di Syria , Myanmar , Iraq etc yang sedang sengsara dan menderita sekarang? tidak. ramadhan mereka lebih bermakna. mereka berpuasa kerana Allah , kerana mereka sudah tiada apa-apa untuk dijadikan alasan berpuasa. mereka hanya ada Allah.










Salam Ramadhan :)