" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Tuesday 4 December 2012

Nafsu di bulan Ramadhan.


Ramadhan 2012.

Kami ke bazaar Ramadhan di IP dengan perasaan gumbira. Niat aku hari tu cuma satu. Sotong Kangkung. Lama sudah mengidam. Paling kaw kalau sotong kangkung di Papar. Dia punya kacang, dia punya kuah, dia punya sotong, dia punya fish balls, meat balls, isi ketam dia, kangkung diaaa. Uh!!! The best! Boleh buat diri ini craving lagi lalu membeli semula di pasar malam pada hujung minggu seterusnya.

Pusing punya pusing, jumpa! Pilih la segala. Macam biasa, ambik raga kecil tu, then ambik sotong dalam 3 potong, fish balls, isi ketam tu, itu, ini, siap! Makcik tu tanya, "Mau kangkung?" Aku dongak sikit tengok papan tanda kecil gerai dorang. Terang-terangan di sana bertulis SOTONG KANGKUNG. Aku kira kangkung itu ialah syarat yang terpenting dalam sotong kangkung. tanpa sotong, siapalah kangkung. tanpa kangkung, siapalah sotong dan tanpa kedua-dua nya di manalah makcik ini yang sedang memakai tudung hitam dan baju kurung merah berbunga biru???

Aku angguk.

Sementara menunggu makcik tuangkan kuah pekat yang entah apakah rasanya nanti, kami melilau (baca : berjalan tanpa arah yang pasti, di atas jalan yang benar dan bertar) mencari juadah lain. Aku pujuk=pujuk diri supaya jangan beli juadah lain lagi sebab aku kalau sudah start beli juadah yang tiada dalam senarai, sumpahan akan bermula. Aku akan mula beli juadah macam-macam yang entah siapa akan makan nanti. eh eh, ada double bond pulak di situ. 

Lepas tamat lilauan, kami kembali ke gerai tu. Muka berseri habis. Bayar dalam berbelas ringgit kalau tidak silap. wah wah. Bukan main mengidam. Ni belum lagi mengidam yang bakal beranak betul. Dengan hati berbunga, kami balik ke rumah sewa yang terletak di hadapan pagar UiTM dan berdekatan dengan rumah yang ada bangsal buruk dan ada pokok mangga di mana selalu kami terdengar bunyi tangisan yang sungguh mendirikan rumahtangga bulu di badan. Tapi belum sempat masuk ke halaman rumah, kami sempat lagi bernafsu untuk berpoya-poya di dalam Kg.Lokub demi mencari di manakah sumber azan itu muncul setiap kali 5 waktu masuk? Perjalanan bermula dan kami rasa macam "dalam jalan-jalan Kg.Lokub" pula.

Lama jugaklah kami memuaskan nafsu tu. Dalam setengah jam selepas balik dari bazaar baru kami balik ke rumah. Dan bila sudah hampir tamat sesi angkat mengangkat plastik juadah dibeli dari bazaar, barulah kami sedar bahawa sotong kangkung yang merupakan juadah paling mahal dan dijamin sedap hari tu, tiada. 

Aku dan Mar terpaksa ke gerai tu semula untuk ambil. Perjalanan yang seharusnya singkat, akhirnya menjadi umpama jurni yang sangat panjang, dan akhirnya berjaya menjadikan satu bar minyak kosong. Tapi demi sotong kangkung, semua itu harus ditempuhi dengan tabah. Dan Mar cuma tersenyum dan minta maaf bila kakak yakni anak perempuan makcik tudung hitam baju merah bunga biru tu kata, "jauh kakak cari kamu sampai ke Giant kakak pusing." Harus tahu bahawa sucinya hati seperti itu pada hari ini sukar dicari lagi. Giant jauh. Serius. Lagi-lagi jaman Ramadham macam tu.

Meskipun penat, tapi itu tiada masalah. Puasa bukan alasan penat. Dan sotong kangkung adalah penguat semangat hari tu. Tiadalah sabar akan lidah ini menjamah kuah pekat yang enak, sang gigi meratah sotong yang lazat diselangi bebola ikan dan yang lain. Ah! Pati nikmat penyungkaian (baca : buka puasa) hari itu! Segala pengorbanan akan terbalas dengan keenakan sotong kangkung!

Azan Maghrib berkumandang.

Dan aku cuma ambil 3 suapan sotong kangkung hari itu. Tiada lagi suapan seterusnya. Sampai bila-bila. Saat itu juga, aku rindu sotong kangkung pasar malam Papar. 

Apapun, makcik tudung hitam baju merah bunga biru bertuah sebab sotong kangkungnya menjadikan dia femes di dalam lipatan ingatan aku, selamanya, sepertimana rasa sotong kangkungnya menghancurkan penyungkaian aku. Tapi aku tidak salahkan sotong kangkung sepenuhnya. Aku salahkan nafsu.

Kalau bukan kerana nafsu menggatal dan bergelora, tiadalah aku merasakan sotong kangkung yang kuahnya setawar air suam hari itu.

Katakan tidak kepada nafsu. Yang bergelora. Terutama di bulan Ramadhan.


No comments: