Pada
zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada
suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar
jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat
banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya,
si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang
tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak
berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa
ikan yang sangat banyak.
Meskipun
pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta
redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul
ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.
Malaikat
yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada
Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya
untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat ;
"Demi
Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini
jika dia mendapat tempat di syurga Allah."
Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk
nelayan kafir. Berkata malaikat ;
"Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak
berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya
adalah neraka jahannam."
--------------------------------------------------------------------------------
IKTIBAR :)
Kediaman mukmin adalah di syurga manakala kediaman kafir adalah di
neraka
Dunia adalah syurga orang kafir
Kekayaan dan kemewahan di dunia tidak semestinya berkekalan di
akhirat
Kesusahan
orang mukmin di dunia tidak seberapa jika dibandingkan dengan keni’matan yang
disediakan di syurga
Kesenangan orang kafir di dunia tak berbaloi jika dibandingkan
dengan azab seksa yang disediakan di neraka
Kesenangan atau kesusahan seseorang bukan menjadi kayu ukur bagi
keredhaan Allah; yang menjadi penentu ialah keimanan terhadapNya
Kesusahan
di dunia bukan bermakna Allah tidak menyukai seseorang
Begitu juga kemewahan yang Allah berikan kepada seseorng bukan
bermakna Allah meredhainya
Redha di atas takdir Ilahi adalah sifat mukmin sejati
Jangan berputus asa, kecewa atau sedih apabila melihat orang kafir
senang dan mewah dalam kehidupan di dunia
Keimanan seseorang adalah lebih mahal daripada dunia dan isinya. Apalah maknanya kemewahan
jika tidak mensyukuri dan beriman dengan Allah :)
“ Dan sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar…”
[ Al Baqarah , 2 : 155 ]
Copied from : iluvislam
2 comments:
Best!
Gemok tapi best!
=P
kak chaq chomel! :D
Post a Comment