" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Tuesday 26 June 2012

Tabarakal Lazi


Salam :)

Dulu masa sekolah menengah , setiap kali sebelum tidur semua pelajar diwajibkan berkumpul di bilik dan sama-sama baca surah al Mulk. Sama juga bila selepas solat Asar secara berjemaah , kami akan baca surah al Mulk beramai-ramai ikut suara di depan. Ni’mat membaca ‘surat cinta’ Nya sekali gus dapat memperbetulkan tajwid. Bila sudah selalu baca , automatically akan hafal. Tapi selalunya bila baca ramai-ramai tu laju dan lancarlah kan. Bila baca sorang-sorang lintang pukang jugaklah. Ini bagi yang tidak istiqamah untuk tasmi’ (memperdengar bacaan kepada orang lain) dan praktikkan bacaan surah ni sama ada dalam solat dan lain-lain. Sometimes bila di sekolah ja amalkan. Di rumah jadi lupa dan lalai. Manusia. Istighfar. Istighfar.

And then macham wonder. Apa yang special sangat surah al Mulk ni? Ustaz selalu kata , untuk selamatkan diri daripada azab kubur. Itu saja? Mesti ada yang lain. Mesti banyak. Sebab setahu aku , surah al Mulk ni dikatakan antara surah pendinding diri yang paling superb. Bila baca ayat-ayatnya , hati jadi tenang , buat rasa selamat sangat. I wonder , mesti ada banyak lagi kan? 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci. Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini penyelamat daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.

“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”'

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk ;

1. Mendapat Syafaat

         Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
         Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.” 
         Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 
         Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”


2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur

Di dalam kubur orang yang telah mati para  malaikat azab  datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  

Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”.

Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

Pendek kata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. 


Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
     Rasulullah S.A.W bersabda :
     
“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

“Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”

“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam
kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu
ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab
dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.” 

      Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga
menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah
Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar
satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”


Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : 

       “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ”


Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia 
daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)


3. Hati Beriman
         Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
         Rasulullah S.A.W bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”


4.  Mendapat Keistimewaan
         Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.” 

         Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.” 


 Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Di antaranya:

1    Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk

أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.



       Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ‌ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُ‌ونَ ﴿٢٣
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
.
Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. Insyaallah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Jom sama sama amalkan :) insyaallah.








* Terima kasih ustaz Jazmi , salah seorang ustaz di sekolah , juga warden yang paling popular di sekolah dulu , sebab didik saya untuk 'berdamping' dengan 'surat cinta' Nya , dan mencintai surah ini. Jazakallah Khairan Kathira :')




p/s : This surah comes after my favorite , ar Rahman 

No comments: