" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Saturday 5 January 2013

Edisi Baru.


Pada awal tahun baru
Aku lihat ramai manusia bertenggek di Tanjung Lipat. Ada yang dengan keluarga, ada yang dengan sahabat handai, ada yang dengan pasangan dan macam-macam.
Makan-makan, bergelak tawa. Semuanya bergembira.

Aku duduk di atas batu tepi pantai
Ombak kecil menghempas tepian dengan kadar yang sukar dijangka
Hati sedang berduka aku kira ketika itu
Tertanya
Adakah mereka yang lain juga sedang mengubat hati seperti aku? 
Datang ke sini untuk apa?
Sekadar menunggu percikan api warna-warni sahaja kah?
Ada apa dengan tahun baru?

Aku sentuh buih kecil di tepi batu
Rapuh
Begitukah sifat manusia?
Apa azam baru?
Bagaimana azam lama?
Untuk apa menyambut tahun baru seperti ini?
Bukankah angka nya sahaja yang berbeza?
Hari yang dilalui tetap sama
Isnin, Selasa, Rabu dan seterusnya
Atau ini tentang sketsa hari-hari biasa?
Penuh drama dan lakonan semata
Apa? Untuk apa?

Iman, amal bagaimana?

Kadangkala edisi baru dalam hidup seperti ini
Tiada yang perlu dinantikan sangat
Kalau kau masih kabur tentang siapa kau
Untuk apa hidup ini
Dan dengan siapa kau tempuhi.

Semoga edisi baru kita sentiasa diberkati, inshaallah.







Salam Tahun Baru :)


2013M ft. 1434H

No comments: