" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Saturday 5 January 2013

Kuasa dalam diri.

Aku tinggalkan rumah dengan hati lara. Duit biasiswa belum masuk lagi, katanya pertengahan bulan Januari. Mahu minta abah, tebal pulak muka ni. Ummi? Janganlah. Segan.

Tuan rumah sewa bising, minta bayar sewa rumah pada 28 Januari tu. Hoi hoi dia mungkin kehabisan uang berhabisan untuk krismas barangkali. Tapi mungkin dia lupa, hari itu cuti. Dan dia suruh aku bank-in bayaran sewa di bank yang jauh di kota, aku perlu ambil masa sejam lebih untuk ke sana kalau tiada kesesakan lalu lintas. Aku perlu bazirkan minyak kalau ke kota semata-mata untuk "bank-in" sewa rumah RM160 ke dalam easy RHB bank? minyak kereta pun tiada. Aku simpan untuk sehari sebelum balik ke kampus nanti. Oh tuan rumah, apa kau tidak sabar barangkali sehingga lupa kami boleh bayar bila habis cuti nanti?

Aku hitung duit yang ada di dalam beg duit dan akaun bank. Berkerut dahi. Parah. Sebulan lebih sudah kelas bermula. Duit biasiswa belum masuk lagi. Parah parah.

Aku kata pada orang sebilik, bila aku perlu aku akan berhutang. Ahh perkataan hutang. Sebolehnya aku elak menyebutnya. Seteru maha hebat dia itu. Tapi kali ini aku abaikan. Biar. Pejam mata, tarik nafas, telan liur dan tersenyum kelat.

Tidak boleh jadi. Aku kena berjimat sehabis baik. Sehari dalam RM3  ke RM5 sahaja untuk makan. Perut diusap lembut. Kata-kata manja diungkap cuba melegakan cebikan sedihyang diukir. Yah. Inshaallah dengan cara ini, aku boleh bertahan sehingga habis bulan yang kedua kelas bermula.

Bekas polisterin diletakkan di atas meja behadapan dengan mesin duit. Tutup dibuka. Si kakak hitam manis bertudung merah bercorak ungu  mencongak-congak.

"Semuanya RM7.80."

Aku kena tingkatkan lagi kuasa dalam diri. Ya. Kuasa menahan nafsu makan.

2 comments:

Iman Amal said...

lumrah hidup di ipt :) *sedikit menyeksakan*

|| Cik Panda || said...

senyum saja :)