" Changing for good is not a sin. Though it will cost you blood and tears for a start." - Sun , Versus ; Hlovate

Saturday 12 January 2013

Lebih teruk daripada Syaitan.



Pada suatu hari, ada seorang lelaki, dia merupakan pelajar IPT yang fokus dalam kelas, aktif beriadah pada waktu petang, bersukaria pada waktu malam dan sebagainya. Syaitan sangat suka dengan lelaki ni. Apa saja lelaki ni lakukan, dia akan tersenyum lebar. Semuanya menyenangkan hati. Kenapa?

Sebab dia buat semua benda kecuali SOLAT.

Pada waktu malam, ketika lelaki ini sedang tidur lena, syaitan kejutkan dia daripada tidur, dengan penuh lemah-lembut dan kasih sayang. Sang lelaki pun bangun terpinga-pinga sambil menggosok-gosok mata yang bernajis. Melihat lembaga di hadapan yang asing baginya, sedang menyeringai. Lalu bermula-lah konversasi antara mereka.

"Siapa kau?' tanya dia melihat lembaga di hadapan yang sangat asing sekali rupanya.

"Aku syaitan." Jawabnya pendek, dengan senyuman manis dan menyeringai. Mungkin dia rasa senyuman begitu bisa merungkai hati sang lelaki. Tapi dia silap, sang lelaki bukan gay. Cisss!-katanya dalam hati.

"Woahh Cool!!! Apa kau mau dari aku?"

"Aku mau bersahabat dengan kau. Mahukah kau bersahabat dengan aku?" Tanya syaitan dengan suara macho menawan hati. Kening diangkat-angkat, barangkali dia sangka mukanya seperti Tom Kurus.

"Of course bebeh. But why?" tanya sang lelaki, bajet cakap omputih lah konon. Pelajar IPT kannn.

"Aku tengok kau ni amazing lah. Kau kuat enjoy, dan kau ni hensem." Tambah Syaitan. Okay, ayat last tu tokok-tambah.

"Orait! No hal. Mulai hari ni, kita bersahabat!"

Maka persahabatan mereka pun terjalin mesra. Di mana sahaja lelaki itu pergi, Syaitan akan turuti - salah satu daripada persetujuan mereka. Bestfriend gitewww.

Keesokan hari, waktu Subuh, sang lelaki yang lena terbangkit tiba-tiba mendengar azan yang berkumandang memanggil Ummat Muhammad s.a.w bergerak bangun menunaikan solat Subuh. Dia juga bangkit dan mahu duduk, tetapi syaitan di sebelah berbisik dengan suara yang menggoda;

"Tidak payahlah pergi. Jam 8 karang kau ada kelas kan? Sampai jam 3 kan? Petang mau main bola lagi. Tidak payahlaa. Tidur saja. Simpan tenaga." 

"Ya kan? Tidur dulu lah." Lantas dia baring dan menyambung tidurnya semula.

Syaitan tersenyum lebar, kerana bisikannya ternyata menggoda tetapi dia kecewa sedikit apabila sang lelaki menepis tangannya ketika dia mahu memeluk pinggang lelaki itu ketika tidur. Dia lupa lagi. Lelaki itu bukan gay. Cis!

Siang hari, lelaki itu pun pergi ke kelas. Sampai sahaja waktu Zuhur, ketika kaum Adam yang soleh dan beriman menunaikan solat, dia turun ke kafe bersantap walaupun makanan di kafe mahal dan kurang sedapnya. Syaitan senyum lagi. Gembira.

Pulang ke asrama, dia bersiap untuk turun ke padang. Biasalah, pemain bola harapan IPT kan. Dan latihan tetapdia teruskan walaupun azan Asar sudah lama habis berkumandang. Entah, hati Syaitan mulai galau. Dia resah. Ada sesuatu yang tidak kena di hatinya.

" Ini tidak boleh jadi ni!" bisik hati Syaitan yang hitam lagi keras.

Walaupun jarum jam sudah beranjak ke angka 6.30 dan azan Maghrib berkumandang, sang lelaki baru sahaja tamat latihan. Dia menyahut seruan sahabat lain yang kononnya malam itu mahu menonton cerita Pitch Perfect. Lantas dia pulang ke hostel dan bersiap untuk bersuka-ria lagi malam itu. Maghrib hangus begitu sahaja.

Entah, hati syaitan semakin risau dan bergetar. Tiada lagi senyumannya. Kegembiraan bukan lagi miliknya. Perasaan itu semakin membentak hati syaitan. Melihat sang lelaki begitu. Oh bukannn. Dia bukan cemburu. Ini bukan 'g' thing.

Si lelaki bersukaria di mall dengan menonton wayang, berkaraoke tidak ingat Tuhan meskipun orang kecoh dengan soal Kiamat kononnya pada 21 Disember 2012 nanti, tapi dia peduli apa! Yang penting enjoyyyyy. Dan seperti biasa, Isyak juga hangus begitu sahaja.

Dia pulang ke rumah dan terus tidur, tanpa mandi dan menunaikan solat. Syaitan seperti tidak ter-tahankan. Perasaan itu membentak hatinya. Dia tidak mampu lagi menampung perasaan itu. Sesuatu perlu dilakukan!

Maka pada waktu tengah malam, dia mengejutkan lagi lelaki itu, tetapi kali ini dengan kasar sekali. Sehingga lelaki itu bangkit dalam keadaan moody. Maka terjadi lagi konversasi antara mereka.

"What are you doing man???" sekali lagi lelaki itu bajet cakap omputih. 

"I want to break up!"

"What?"

"Aku mahu putuskan persahabatan kita!"

"Why?" Seperti hancur hati lelaki itu.

"Tahukah kau, saat sebelum Allah ciptakan nenek moyang kami, semua makhlukNya sembah akan Dia. Taat, dan akur. Tetapi tatkala Allah ciptakan manusia, nenek moyang kami menolak dan ingkar akan perintah Allah itu, tetapi meskipun dilaknat dan diseksa Allah di neraka, kami masih sembah pada Allah. Cuma kesombongan kami pada manusia itu mengheret kami ke neraka dan dilaknat sehingga kiamat. Tetapi kau? Aku lihat kau begitu santai. 5 waktu solat kau hangus begitu sahaja. Kami cuba sombong pada manusia dan Allah telah melaknat kami sebegini rupa tetapi kau? Sombong pada Allah dan kau tiada rasa bersalah pun? Maka apakah hukuman Allah pada perlakuan kau ini?"

---------------------

Cerita ini, pensyarah kami yang ceritakan dengan keadaan santai. Pada awalnya, kami ketawa dan terhibur dengan lawak beliau yang bukan mainnnn orang kata. Tetapi ayat terakhir, kami semua terkesima. Syaitan itu dilaknat kerana sombong dan tidak mahu sujud pada Adam yakni seorang manusia. Mereka dilaknat sehingga kiamat, dan putus rahmat daripada Allah dan Nerakalah selayak-layaknya mereka. Tapi bagi yang tidak solat, mereka itu sombong dan tidak mahu sujud pada yang mencipta manusia? Di manakah selayaknya mereka itu? Atau kita mungkin? Bukankah lebih teruk daripada syaitan?

Jadi masihkah untuk kita mengabaikan solat?

Manusia itu diciptakan sebaik-baik manusia dan bergelar khalifah di muka bumi. Sekiranya kita mengabaikan solat dan menjadi lebih teruk daripada syaitan, layakkah bumi ini untuk kita? Layakkah sebuah kehidupan, dan layakkah setiap helaan nafas yang dibuat? Kita telah mengkhianati amanah Allah. Dan kita tidak tahu azab Nya bagaimana. Tapi Allah sudah lama bagi kita warning awal-awal. Kan?


"Dan (ingatlah) tatkala Rabb (Tuhan) kamu memberi peringatan : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya ditambahkan (ni'mat) kepada kamu, dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku (Allah) sangatlah pedih." {Ibrahim : 7}

Untuk tahu tentang Penyeksaan Iblis yang dilaknat, baca di sini.

No comments: